Kue Negro Seunik Nama, Sesedap Rasa & Lembut Aje Kuihnya

Share

Ni dia kue negro daripada tepung pulut dan tepung jagung yang sedap dikunyah. Berperisa koko dan pandan sedap makan sejuk dari peti ais.

Resipi yang dikongsi Farisha Sofea ni memang unik namanya Kue Negro asalnya dari tanah seberang, Indonesia. Di sana kuih dieja Kue yang Negro tu dah namanya macam ni..hee

Jom follow resipi Farisha ni …

KUE @ KUIH NEGRO



.

BAHAN-BAHAN :

Bahagian Coklat :

  • 250gm tepung pulut – beli online DI SINI
  • 200gm gula merah – beli online DI SINI
  • 250gm santan pekat – beli online DI SINI
  • 125ml minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk koko -beli online DI SINI
  • 3 biji putih telur

Bahagian Hijau :

  • 125ml santan – beli online DI SINI
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 tin susu pekat – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar tepung jagung -beli online DI SINI
  • emulco pandan
  • pewarna hijau – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1.Satukan semua bahan bahagian coklat .


2.Kacau sebati . tapiskan .
3.Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah digris .
4.Kukus selama 10 – 12 minit .
5.Di dalam bekas lain , satukan semua bahan bahagian hijau .

6.Kacau sebati dan tapis .
7. Apabila adunan coklat sudah masak , tuang pula adunan bahagian hijau hingga memenuhi acuan
8. Kukus lagi selama 10 – 12 minit .
9. Ulang sehingga habis .
10.Apabila sudah sedikit suam , keluarkan kuih .


.

11. siap , sedia dihidang .

Kredit : Fb Farisha Sofea

 

INGIN MEMBELI PENGUKUS ELEKTRIK, JOM BELI ONLINE DI SINI

LEBIH BANYAK VIDEO MASAKAN MENARIK DI YOUTUBE @ Majalahrasa.official 

JOM SEMAK RESIPI-RESEPI SEDAP INI :

 

IKLAN