Kudapan Manis Masam Pedas Ala Korea, Danmuji & Kkakdugi

Share

Sekali sekala kita tukar selera dengan menu dari Korea pula. Kali ini, kita kongsikan resipi Korean Side Dish (Banchan) hanya menggunakan lobak putih.

Satu lobak kurus untuk Danmuji – Yellow Pickle Radish dan satu lobak gemuk untuk Kkakdugi – Cube Radish Kimchi.

Danmuji, rasanya manis masam. Manakala Kkakdugi, rangup-rangup pahit sikit. Ada rasa pedas manis.

Resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, boleh dimakan bila-bila masa. Cara buat pun mudah amat.

 

DANMUJI (YELLOW PICKLE RADISH)

BAHAN-BAHAN:

1 lobak putih (yang kurus)
2 cawan air
3 helai daun salam – beli online di sini


2 cubit serbuk kunyit – beli online di sini
½ cawan gula – beli online di sini
Sedikit cuka (ikut citarasa masam)

TONTON Sizzling Yee Mi | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Untuk lobak yang kurus, buang kulit dan hiris nipis. Basuh dan bilas dua kali.


2. Untuk kuahnya, rebuskan 2 cawan air di dalam periuk.
3. Masukkan 3 helai daun salam, dua cubit serbuk kunyit, setengah cawan gula dan sedikit cuka (ikut citarasa masam). Rebuskan sampai mendidih kemudian padamkan api. Biarkan seketika.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Kemudian masukkan hirisan lobak putih tadi, dan biarkan sehingga suam. Baru boleh disimpan dalam balang.

 

KKAKDUGI (CUBE RADISH KIMCHI)

BAHAN-BAHAN:

1 lobak putih (yang gemuk)
Garam
Hirisan daun bawang

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

BAHAN PES PEDAS:

1 sudu tepung pulut – beli online di sini


2 sudu besar kicap masin – beli online di sini
1 sudu besar sos ikan – beli online di sini
1 peket serbuk cili (saya guna baba’s) – beli online di sini
Sedikit gochugaru (Marimogo)
Garam & gula
2 ulas bawang putih | dicincang – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Yang ini lobak putih gemuk. Buang kulit dan bersihkan. Potong kiub dan perap dengan garam selama 20 minit atau selebihnya.


2. Untuk pes pedasnya; Masakkan satu sudu tepung pulut (tambah air dan sentiasa kacau) menjadi bubur.
3. Masukkan bubur tepung pulut ke dalam mangkuk. Campurkan kicap masin, sos ikan, serbuk cili (baba’s), sedikit gochugaru (Marimogo) dan sedikit garam dan gula. Rasa kepekatan manis dan masin mengikut citarasa ya.


4. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dicincang ke dalam pes. Gaul semua sebati seperti di dalam gambar.


5. Masukkan kiub lobak putih dan hirisan daun bawang ke dalam pes. Gaul sebati. Siap, boleh disimpan.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN