Kudapan Lejen Ni Buat Anda Tak Henti Mengunyah

Share

Selain biskut raya, kudapan seperti kerepek juga disukai ramai.Kudapan orang lama seperti kuih gunting juga sedap untuk dinikmati di sepanjang raya nanti.

 

Kuih Gunting

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

250g marjerin

1 biji telur

1 kiub ikan bilis

Minyak

*100g bawang merah

*50g bawang putih

*50g ikan bilis

*50g udang kering

*Cili kering agak-agak

*10g garam

*10g (AjiNomoto)

*200ml air untuk mengisar

Bahan-bahan bertanda *dikisar sekali

Cara memasak:

1.Tepung diramas dengan marjerin,masukkan telur.

2.Masukkan bahan kisar,uli hingga rata,masukkan daun kari yang telah dipotong,uli hingga doh tidak melekat lagi dijari.Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.

3.Bahagikan @ bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.

4.Panaskan dalam kuali  non stick sekejap tanpa minyak supaya keras,sejukkan dan boleh dipotong/digunting .

5.Goreng dalam minyak yang banyak.

6.Tos dengan tisu untuk serap minyak.

Kredit: Salmah Hj Hassan

IKLAN