Anda gemar makan pizza, kekacang dan manisan, apakata beralih selera kepada snek Arab pula. Jika anda penggemar daging, rempah ratus mahu pun sajian yang manis semuanya ada dalam menu kudapan dan manisan Arab ni.
Sajian Arab memang kaya dengan penggunaan rempah ratus , kekacang dan ramuan makanan sunnah. Jom teroka selera.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Ads
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef :Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk. 2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih. 3 .Setelah dikisar perahkan jus lemon. 4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa. 5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun. 6.Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. BASBOSA
Ads
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
4. MOHALABIA MILK PUDDING
Ads
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jangan tenung lama-lama scone ni. Dapat yang ada cranberi di dalamnya pun best juga. Korang yang suka sangat scone tu dah tak perlu beli lagi. Harga pun boleh tahan mahal.
Jadi boleh saja buat sendiri ikut cita rasa anda. Nak mudah ikut saja resipi ini.Nak yang plain saja pun boleh, atau letak kismis atau cranberi pun lagi tambah sedap.
Scone ni boleh buat banyak-banyak, bakar siap-siap kemudian boleh simpan dalam chiller atau freezer. Bila nak makan hanya panaskan semula guna oven,suhu 160C selama 5 minit. Selamat mencuba.
1.Satukan bahan-bahan kering. Gaul sebati dengan tangan sampai jadi ala-ala breadcrumbs.
2.Masukkan susu and vanilla. Mix sampai jadi macam doh biskut.
3.Canaikan doh, ketebalan boleh agak-agak. Tekap bentuk bulat. 1 adunan ni boleh dapat dalam 14 keping.
4.Sapukan permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream.Nak sapu kuning telur saja pun boleh, terpulang.
5.Panaskan oven pada suhu 180-190 degC,bergantung oven masing-masing. Sis punya 180 C. Pastikan oven dah panas 10 min awal sebelum masukkan scone. Bakar scone selama 10-15 minit atau sampai keperangan.
6.Boleh dinikmati dengan whipped cream and strawberry jem.
Asalnya nak buat apam polkadot dot-dot. Sudahnya tak menjadi. Itulah buat corak macam pelangi Adalah lebih kurang macam jalur pelangi walaupun tak seberapa. Warnanya pun meriah berwarna warni, memanglah anak-anak suka. Dalamnya pula diletakkan inti strawberi, dah la sedap , gebu pula.
APAM POLKADOT PELANGI Bahan-bahan: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder (ayak bersama) 3 biji telur gred A – dari peti sejuk 1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar ovallete-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan susu segar/susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI Inti strawberi/blueberi dan lain-lain Pewarna – ikut suka-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Kisar telur,gula & ovallete dengan kelajuan maksima hingga kembang dan menjadi warna putih 2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Sambung kisar paling minima hingga sebati. 3.Masuk esen vanilla. Adun sekejap bagi semuanya sebati. 4.Bahagi dan warnakan adunan. Yang kosong biar lebih. Setiap warna pelangi itu ambil 1 senduk saja. Warnakan. Masuk dalam piping bag. 5.Isi papercup dalam acuan kuih lompang. Picit/tekan yang kosong sedikit. Paipkan inti kemudian tutup semula dengan paip yang kosong. 6.Permukaan atas picitkan sikit-sikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Buat sehingga habis. 7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukus api sederhana besar selama 10 – 12 minit.
Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha kerana anda memperolehi daging dan tulanag korban, selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi. Kepada anda yang menggemari sup, kali ini RASA bawakan lapan jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, keting dan beberapa lagi.
Wau sedapnya ! kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuah sup. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan dengan selera anda dan keluarga.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 batang serai | titik
Daun sup secukupnya | hiris halus
Daun bawang secukupnya | hiris halus
Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
Sup sedia untuk dihidang.
SUP URAT KETING
BAHAN-BAHAN:
1kg urat keting
3 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRIS:
4cm halia
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
BAHAN LAIN:
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMASAK:
Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...