Spageti Bolognese Meatballadalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Cara penyediaannya mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Gunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.
CARA MUDAH MASAK KUAH SPAGETI BOLOGNESE MEATBALL PALING BEST
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti
1 biji bawang Holland – potong dadu
1paket daging cincang
1 botol sos pasta mushroom
1 botol sos pasta traditional
1 tin cendawan – potong nipis
3 sudu besar MAGGI®️Sos Cili
2 sudu besar MAGGI®️Sambal Tumis
4 ulas bawang putih – dicincang
2 biji tomato – potong dadu
500gm bebola daging
2 helai daun bay
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit Italian herbs
Sedikit oregano
1 kiub pati daging
MAGGI®️ CukupRasa
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, MAGGI®️ Sambal Tumis dan bawang Holland hingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
Kemudian masukkan kesemua sos pasta, MAGGI®️Sos Cili, kiub pati daging dan sedikit air.
Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan MAGGI®️CukupRasa. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
PETUA: Selain kuah yang enak, salah satu petua untuk menyedapkan Spageti Bolognese adalah dengan meletakkan garam ketika merebus pasta. Garam akan membuat pasta berasa rasa lebih berperisa.
Ads
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tengok gambar Apam Nasi ni je sudah terliur. Terasa lembut gebunya di mulut dan lemak kelapa parut. Memang gabungan rasa yang terbaik, patutlah orang tak jemu dengan kuih tradisi ini. Kepada korang yang teringin nak buat sendiri, ini RASA kongsikan resipinya paling senang dengan menggunakan cawan je. Tak ada alasan tak mau buat.
.
APAM NASI BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
CARA MEMASAK:
kredit: rara hayyan, #resipisedap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Disebabkan lambakan produk susu dengan pelbagai jenama di pasaran, susu tepung penuh krim mungkin sedikit sebanyak dilupakan. Tetapi tahukah anda susu tepung penuh krim terkenal dengan khasiat dan kebaikannya sejak berzaman lagi. Ia merupakan susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakan nutrien semula jadi dalam susu tersebut. Kandungan protein tinggi, kalsium tinggi serta pelbagai zat yang terkandung di dalamnya adalah penting sebagai sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
Ramai yang beranggapan bila dewasa, sudah tidak perlu minum susu. Malah ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang minum susu tepung kerana tidak menggemari rasanya. Rugi tau… bukan hanya diminum, susu tepung penuh krim sebenarnya boleh dipelbagaikan cara penggunaannya. Jika menyukai rasa susu segar, bancuh saja susu tepung penuh krim dengan air suhu bilik and simpan di dalam peti sejuk untuk 2 jam, rasanya memang setanding susu segar.
Jangan abaikan khasiat dan kebaikan ‘superstar’ ini. Ada pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk menikmati susu tepung penuh krim dan salah satunya adalah melalui masakan. Segelas susu tepung penuh krim mengandungi peratusan lemak sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim, sesuai untuk menjadi gantian dalam banyak ramuan masakan. SUSU TEPUNG FERNLEAF FULL CREAM PILIHAN BIJAK UNTUK SEISI KELUARGA
Sajian terbaik dihasilkan daripada sumber yang berkualiti. Maka tidak hairanlah Susu Tepung Fernleaf Full Cream menjadi jenama pilihan rakyat Malaysia.
Susu Tepung Fernleaf Full Cream diperbuat daripada 100% susu New Zealand (dipek di Malaysia) – salah satu negara penternak tenusu terbaik di dunia, di mana lembu-lembu mendapat jagaan dan diberi makan rumput segar yang sebaiknya untuk menghasilkan susu secara semulajadi. Warna kekuningan susu tepungnya berasal dari sumber diet lembu yang berkualiti, iaitu kandungan beta-karotene dari rumput segar.
Setiap hidangan Susu Tepung Fernleaf Full Cream membekalkan protein bersamaan 1.3 biji telur. Ia juga mengandungi nutrien semulajadi dari susu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12. Hidangan Susu Tepung Fernleaf Full Cream yang disyorkan adalah sebanyak 2-3 gelas setiap hari. Kemanisannya terhasil daripada laktosa yang didapati secara semula dalam Susu Tepung Fernleaf Full Cream, menjadikan jenama ini pilihan yang lebih bijak untuk setiap keluarga.
Bayangkan jika anda menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream setiap hari dalam masakan. Banyak kebaikan yang anda sekeluarga perolehi. Air tangan ibu kan sebaik-baik sajian. Inilah cara paling mudah memberikan sesuatu yang sempurna dan berkhasiat kepada suami dan anak-anak.
Setiap hari, ibu-ibu akan memasak pelbagai sajian untuk keluarga tersayang dan tentunya hidangan terbaik penuh nutrisi menjadi pilihan agar memberikan manfaat dan kebaikan buat ahli keluarga apa lagi dalam musim pandemik sekarang ini.
Kebaikan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dalam masakan tidak dapat disangkal lagi. Inilah antara 10 sebab mengapa susu tepung penuh krim dapat menonjolkan rasa hidangan anda sekeluarga.
1. PENGGANTI SANTAN
Rakyat Malaysia memang gemar sajian bersantan seperti kari, Masak Lemak Cili Api, gulai, dalca, Ayam Masak Mentega dan pelbagai lagi. Oleh itu, guna susu tepung penuh krim sebagai salah satu bahan utama dalam masakan harian. Tidak perlu banyak. Hanya beberapa sudu sahaja sudah cukup menjadikan masakan anda jadi lebih sedap dan berkrim. Lagipun, susu tepung penuh krim ini senang dibancuh dengan air suhu bilik sahaja.
2. PELENGKAP KEPADA DIET SEIMBANG
Susu adalah makanan keperluan yang padat dengan nutrien yang bermanfaat. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh badan. Selain protein berkualiti tinggi, ia juga mengandungi karbohidrat, lemak, mikro-nutrien seperti kalsium, magnesium serta pelbagai vitamin yang penting dalam diet seimbang.
3. PILIHAN BIJAK PENGGANTI GULA
Bagi anda yang gemarkan manisan pula, cubalah guna susu tepung penuh krim bagi menggantikan pemanis dan gula. Tambahkan susu tepung dalam bancuhan lempeng, kek, kuih-muih dan puding. Selain membekalkan kebaikan susu, rasanya juga dijamin lebih enak.
4. BAHAN RAHSIA UNTUK KEK, BISKUT & BROWNIES YANG LEBIH ENAK
Susu tepung penuh krim meningkatkan rasa dalam kek, biskut dan brownies dengan memberikan rasa lebih sensasi dan tekstur yang lebih berkrim. Apabila dipanaskan, gula semula jadi daripada susu tepung berubah menjadi karamel, yang menambah rasa dan memberikan tona kek yang lebih coklat. Bukan itu sahaja, semasa dibakar, lemak susu bertindak balas dengan protein gluten menghasilkan kek, brownies atau biskut yang lebih lembap.
5. KUIH JADI LEBIH GEBU
Susu tepung penuh krim mengandungi laktosa dan juga protein yang tinggi yang mana kedua-duanya dapat memberikan kelebihan jika ditambah ke dalam kuih muih yang dohnya mengembang seperti donat. Selain memberikan rasa yang enak, susu tepung juga menjadikan warna kuih yang lebih cantik, tekstur permukaan yang garing serta lembut bila dimakan.
6. HASILKAN ROTI HOMEMADE YANG LEBIH SEDAP & LEMBUT
Jangan tak tahu, susu tepung penuh krim juga merupakan ramuan yang sangat berguna dalam penghasilan roti. Ia membantu doh roti naik lebih tinggi malah penambahan dalam adunan ‘flat bread’ seperti roti paratha, memberikan tekstur yang lebih lembut.
Susu cecair membolehkan doh beragi menahan lebih banyak gas yang menjadikannya doh lebih ringan. Tetapi ia juga menambahkan air ke dalam adunan yang mana jika terlalu banyak boleh merosakkan tekstur. Penggunaan susu tepung memberi kelebihan susu tanpa perlu menambahkan cecair yang terlalu banyak sekaligus membantu menghasilkan roti yang sempurna.
7. MUDAH DISIMPAN
Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk serta tidak menggunakan ruang penyimpanan yang besar. Cukup sekadar disimpan di dalam bekas kedap udara dan diletakkan di sudut kecil di bahagian dapur. Berbanding jika anda menggunakan santan atau susu pekat manis, kedua-duanya bila sudah dibuka, lebihannya harus disimpan di ruangan dingin dan kering bagi mengekalkan keenakan rasa.
8. JANGKA HAYAT LEBIH TAHAN LAMA
Susu segar dan santan segar tidak boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini dan boleh disimpan lebih lama kerana cara pemprosesannya yang maju dan tidak ditambah sebarang bahan pengawet. Untuk menggunakannya, hanya perlu bancuh menggunakan air suhu bilik sahaja. Malah ada resipi yang anda hanya perlu masukkan susu tepung begitu sahaja tanpa perlu bancuh. Cukup mudah.
9. LEBIH JIMAT & TIDAK MAHAL
Penggunaan susu tepung dalam masakan ternyata lebih ekonomi dan menjimatkan. Sajian barat seperti Pasta Carbonara misalnya, harga sos sedia guna yang dijual agak mahal. Jika perlu beli dalam jumlah yang banyak tentunya agak membebankan. Kini hanya dengan menggunakan susu tepung penuh krim, anda boleh menghasilkan Sos Carbonara homemade enak berkrim yang penuh kebaikan tenusu tanpa berbelanja lebih. Memang berbaloi.
10 . BAHAN RAHSIA UNTUK HASILKAN MILK SHAKE YANG SEDAP
Selain digunakan dalam masakan, pembuatan kek dan penghasilan kuih-muih, susu tepung penuh krim juga boleh digunakan untuk menghasilkan minuman yang enak! Hanya perlu campurkan dengan buah-buahan segar kegemaran anda untuk menghasilkan segelas ‘Milk Shake’ yang penuh dengan kebaikan protein dan berkhasiat!
Pengambilan susu setiap hari membantu tubuh mendapatkan sumber protein berkualiti tinggi dan nutrien penting dalam diet seimbang. Protein tenusu yang terkandung di dalam susu tepung penuh krim merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi dan membekalkan asid amino yang penting kepada badan termasuk sistem pertahanan badan. Binalah sistem pertahanan yang kuat terutamanya di musim pandemik ini.
Dengan harga kurang RM1 segelas, anda boleh menikmati pelbagai kebaikan daripada segelas Susu Tepung Fernleaf Full Cream. Jadi, lengkapkan menu harian dengan menambah kebaikan susu tepung dalam juadah harian supaya mendapat manfaat yang optimum.
Tiada ragu lagi Susu Tepung Fernleaf Full Cream memberikan pulangan kebaikan berganda buat anda sekeluarga. Mulakan hidup yang lebih sihat dan ceria dengan menikmati dua sajian enak serta mudah yang boleh dihasilkan secara homemade di rumah menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream.
Selamat mencuba!
DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHAN:
500gm daging lembu muda | hiris nipis
8 biji cendawan butang segar | hiris nipis
1 biji bawang besar | cincang dadu
4 sudu makan Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 1 cawan air | bancuh
6 sudu makan mentega
1 biji lemon | perah jusnya
1/2 sudu teh tarragon kering
Sedikit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk, satukan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan jus lemon. Tutup dengan plastik cling wrap selama 15-20 minit.
2. Cairkan dua sudu makan mentega di dalam kuali. Goreng hirisan daging hingga perang di kedua-dua bahagian. Tabur dengan sedikit garam dan lada sulah. Angkat dari kuali dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tambah dua sudu makan lagi mentega. Tumis bawang hingga layu. Angkat bawang dari kuali dan ketepikan.
4. Masih menggunakan kuali yang sama, tambah lebihan mentega dan tumis hirisan cendawan hingga layu. Tabur tarragon kering dan serbuk buah pala. Kacau sebati.
5. Masukkan semula daging dan bawang tadi. Tambah campuran Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan jus lemon, garam dan lada sulah secukup rasa.
6. Masak seminit dua lagi hingga semua bahan sebati (jangan sampai kuah mendidih) dan tutup api.
7. Hidangkan Daging Stroganoff bersama Nasi Mentega atau pasta rebus.
FLAT BREAD HERBA KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum | ayak
180gm Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 1/4 cawan air | bancuh
50gm mentega
1 sudu teh herba Italy kering
1/2 sudu makan minyak
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan bancuhan Susu Tepung Fernleaf Full Cream di dalam periuk kecil lalu panaskan atas api sederhana hingga mentega cair. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit (tapi masih suam).
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, herba Italy kering dan campuran susu + mentega tadi. Gaul hingga semua bahan sebati.
3. Tuang bahan-bahan yang sudah digaul tadi ke atas papan pencanai lalu uli beberapa minit hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
4. Letak doh di dalam mangkuk lalu tutup menggunakan plastik cling wrap selama 30 minit.
5. Setelah direhatkan, bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
6. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai, ambil sebiji doh yang dah direhatkan tadi lalu canaikan nipis.
7. Panaskan kuali non-stick dengan api yang kecil. Sapu sedikit minyak di dalam kuali. Letakkan sekeping doh lalu masak di kedua-dua bahagian hingga agak garing dan sedikit perang.
8. Flat bread ini sesuai dimakan dengan sebarang sambal atau kuah kari.
Rujukan:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA, majalah dan portal Masakan No.1 Malaysia yang menghimpunkan ratusan resipi terkini, tradisional dan moden juga perkongsian lokasi makan, tips dan info mengenai perkakas serta gajet dapur terkini yang ideal untuk para suri rumah.
Berdiri teguh selama 20 tahun dengan sokongan rakyat Malaysia berbilang bangsa, RASA kini melebarkan produknya dengan menganjurkan Rasa Makan Fest (RMF) sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan yang diterima selama ini dan juga tujuan utamanya bagi membantu pengusaha makanan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berlangsung pada Oktober 2021 ini, Rasa Makan Fest bakal menjadi festival makanan paling ‘happening’ di tahun 2021 dimana ia akan menghimpunkan ratusan peniaga dan pengusaha makanan di dalam satu lokasi selama 3 hari berturut-turut. Wow!
Apa yang bakal ada di Rasa Makan Fest ni? Jawapannya adalah, macam-macam ada… Sebut sahaja apa yang anda teringin nak makan. Aneka makanan viral yang menjadi bualan ramai, trak makanan, aneka snek dan ‘street food’ pelbagai macam dan banyak lagi.
Jika rindu masakan kampung halaman, makanan tradisi lauk pauk serta kuih muih dari setiap negeri dari Pantai Timur, Utara, Selatan hinggalah ke Sabah dan Sarawak, insyaAllah anda boleh dapatkan disini.
Menarik kan? Nah…Inilah masanya untuk kembangkan perniagaan.
Anda ada produk? Nak naikkan jualan? Nak orang lebih kenal pasal bisnes? Nak lebarkan marketing? Inilah waktunya!
Istimewa buat semua, buat julung kalinya RASA membuka peluang kepada para peniaga & pengusaha makanan untuk menjadi VENDOR di Rasa Makan Fest ini.
Banyak lagi manfaat yang menanti. Jadi jangan tunggu-tunggu. Rebut peluang ini dengan segera.