Kuah Rojak Homemade Resepi Ibu Ameera Yang Pasti Menjadi

Share

Rasa kuah rojak beli siap di kedai dan buatan sendiri memang ketara bezanya. Kalau beli dikedai kadang terlalu pedas atau terlalu kuat bau belacan. Biasalah tak semua sesuai dengan citarasa sendiri melainkan buat sendiri kita boleh ubah rasa seperti yang kita mahukan. Resepi yang dikongsikan Ameera di Facebook ini turun temurun dari ibunya. Jom kita cuba resepi kuah rojak ini!

 

 

 

RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE RESEPI IBU

 

 

BAHAN-BAHAN:
Belacan* – BELI DI SINI


Cili Kering 5 tangkai* – BELI DI SINI
Cili padi 7 biji* – BELI DI SINI
Cili merah 1 biji* – BELI DI SINI
Kicap manis satu botol Cap Kipas Udang
Gula kabong seketul – BELI DI SINI
Asam jawa suku sudu makan – BELI DI SINI
Pes udang dua sudu makan
Gula 3 atau 4 senduk – BELI DI SINI
Sos cili 2 sudu makan – BELI DI SINI
Tepung jagung dua sudu makan – BELI DI SINI
Sedikit air
Biji Bijan – BELI DI SINI
Kacang tanah (jika suka) – BELI DI SINI

 

 

CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*)
2. Tuangkan sebotol kicap ke dalam periuk yang sesuai dan masukkan gula kabong.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk kicap dan gula kabong dan kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.
4. Dah sebati kesemuanya, masukkan asam jawa, pes udang, gula, dan sos cili.
5. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.
6. Tuangkan larutan tepung jagung tadi ke dalam kuah rojak tadi untuk memekatkan tekstur kuah.
7. Sangai biji bijan jangan sampai hangus.
8. Tutup api kuah rojak sekiranya telah mendapat kepekatan yang diinginkan.
9. Biarkan kuah sejuk baru dimakan bermasa buah buahan yang diinginkan.
10. Jika suka boleh tumbuk kasar kacang tanah yang telah digoreng ke atas kuah rojak.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit foto & resepi: Ameera

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN