Kuah Rojak Homemade Paling Senang. Rasa Sedap & Tahan Lama.

Share

Sedapnya kuah rojak perkongsian saudari Mim Yusof ni. Pekat, likat, sebijik sama macam kuah rojak yang dijual di pasaran. Bagi anda yang memang ‘hantu’ rojak, cubalah resipi ni. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Nak makan, ceduk je.

 

CARA MASAK KUAH ROJAK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping gula gerek (manisan) – beli online DISINI
  • 2 cawan gula putih – beli online DISINI
  • 1/2 cawan kicap – beli online DISINI

  • 2 sudu tepung ubi – bancuh dengan air
  • Sedikit belacan – beli online DISINI
  • Sedikit garam
  • 10 tangkai cili kering – rebus dan kisar
  • Sedikit sos cili – beli online DISINI
  • 2 sudu makan bijan – beli online DISINI
  • 1 cawan kacang tanah – goreng tanpa minyak dan kisar kasar
  • 1 gelas air

Dapatkan Air Fryer murah sempena jualan hebat 11.11 DISINI

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula gerek bersama segelas air ke dalam periuk. Masak guna api sederhana.

2. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang telah dikisar, cili sos, belacan, garam dan gula.

3. Masak lagi sampai mendidih.

4. Bila campuran sudah masak, masukkan bancuhan tepung ubi.

5. Kacau sampai menjadi pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan ia hangus.

6. Bila sudah pekat, masukkan bijan dan kacang tanah.

7. Masak kuah rojak seketika, kemudian tutup api.

8. Tuang ke dalam bekas tahan panas dan sejukkan.

9. Kuah rojak homemade yang sedap sedia untuk dinikmati. Enak dicicah mangga muda atau apa sahaja buah kegemaran.

INFO RASA: Untuk pastikan kuah rojak tahan lama, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Mim Yusof

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN