Ads

Cara Asas Buat Sendiri KRIM MARJERIN Rasa Lebih Sedap & Lemak, Sapu Dekat Roti, Kek Pun Boleh!

Cara Asas Buat Sendiri Krim Marjerin Rasa Lebih Sedap & Lemak, Sapu Dekat Roti, Kek Pun Boleh! Mesti ramai yang ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap dimakan dulu-dulu. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.

Jom cedok resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini;

“Jom kita buat krim marjerin untuk anak-anak kita ke sekolah. Tak la jemu meka asyik dok calit dengan planta, kaya ja.Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin & gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap & lemak sikit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal.Jom intai apa yang akak derhaka tu”.

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula kisar
Setengah cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu caair
Perisa..ikut masing-masing ya

Cara Membuat:

1.Campur semua bahan kecuali perisa. Mixer sampai kembang dan jadi putih gebu.

Ads

2.Bila dah kembang, boleh letak perisa. Ok siap! dah boleh sapu pada roti.Marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais.Dia macam planta, kalau kita simpan dalam peti dia keras, bawa keluar dia lembut balik.

Cara Asas Buat Sendiri KRIM MARJERIN Rasa Lebih Sedap & Lemak, Sapu Dekat Roti, Kek Pun Boleh!

Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..

Ads

Cara Asas Buat Sendiri KRIM MARJERIN Rasa Lebih Sedap & Lemak, Sapu Dekat Roti, Kek Pun Boleh!

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba!

Ads

RASA:Menarik juga idea ni, pastinya rasanya lebih sedap!. Mak-mak di rumah boleh cuba untuk pelbagaikan disapu pada roti mahupun kek. Anak-anak pun mesti suka!

Sumber: Masni Bahari

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Peniaga AYAM GUNTING Kongsi Resipi & Cara Buat Serbuk Tabur Yang...

Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.