Buat Korean Garlic Bread Almond Guna Roti Gardenia Pun Sedap

Share

Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.

KOREAN GARLIC BREAD ALMOND

Bahan-bahan:

Roti gardenia/roti bun

Serbuk badam@badam cincang

 

Bahan A

1 ketul butter

1 biji telur

3-5 ulas bawang putih

1sudu madu@gula

Parsley

Bahan B

250gm Cream cheese

2 sudu susu pekat

3 sudu susu cair/susu segar

 

Cara membuat:

1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.

2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.

3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.

4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.

Kredit: Munierah Eyra

IKLAN