
Cara Buat KOPI SANTAN VIETNAM Sedap, Lemak Berkrim Resipi Khairul Aming Yang Turut Dijual Di Rembayung! Pembukaan restoran Rembayung milik Khairul Aming baru-baru ini, cukup mendapat perhatian ramai. Pelanggan perlu membuat tempahan awal sebelum dapat menikmati hidangan yang disediakan di restoran ini.
Menariknya, salah satu minuman melegakan tekak yang mendapat sambutan ramai di Rembayung ialah Kopi Santan. Minuman Kopi Santan ini juga antara resipi viral yang pernah dikongsikan oleh Khairul Aming dalam siri resipi Ramadan popular “30 Hari 30 Resepi” pada tahun lepas.
Ia menggabungkan rasa kopi ala Vietnam yang pekat dengan santan lemak berkrim, susu pekat manis, sedikit garam, dan ais untuk rasa yang menyegarkan seperti coconut latte, mudah dibuat dengan bahan asas seperti serbuk kopi segera, santan, susu pekat, dan garam. Ia menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang unik dan mudah disediakan di rumah untuk berbuka puasa.
(Santan)
2 Kotak kecill Santan (dari kotak)
1/2 cawan Susu pekat manis
Garam (sedikit)
Ais
(Kopi)
Serbuk kopi segera (3 sudu besar)
Air panas (sedikit untuk larutkan kopi)
1. Masukkan santan, susu pekat, garam dan ais ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga menjadi pekat dan berbuih (slushy).
3. Tuang bancuhan santan ke dalam gelas berisi ais.
4.Kemudian sediakan larutan air kopi. Campurkan serbuk kopi segera dengan sedikit air panas dan kacau hingga larut.
5. Kemudian tuangkan bancuhan kopi di atas bancuhan santan tersebut.
6. Lebihan baki santan yang ada boleh juga letakkan di atas kopi sebagai ‘topping’.
Sedia Dihidang! Kacau sedikit dan sedia untuk dinikmati sejuk-sejuk, memang sedap untuk menghilangkan dahaga!.
Resipi ini viral di media sosial kerana kesederhanaan dan keenakannya, menyerupai kopi buatan kedai dengan rasa lemak santan yang menyegarkan. Jadi bagi yang nak rasa keenakan minuman ini, boleh cuba buat sendiri Kopi Santan Vietnam di rumah. Memang mudah!
@khairulaming4 menu air berbuka: Vanila Sarsi, Teh Bunga Zapple, Vitagen Longan dan Kopi Santan Vietnam. Selamat berbukaaa 😁
Sumber: Tiktok Khairul Aming
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: