Kongsi Resipi Singgang Ikan Selar Cara Mak. Simple Je Tapi Sedap!

Share

Lauk singgang sangat ringkas dan mudah dimasak. Bagi anda yang gemarkan lauk pauk berkuah yang tidak menggunakan santn atau rempah, singgang ni memang sesuai dan kena dengan selera. Nak cuba? Ni ada resipi mudah. Resipi Singgang Ikan Selar ini adalah perkongsian dari saudari Nana Sabrina Sarsan yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!

 

RESIPI SINGGANG IKAN SELAR SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selar – belah dua
Garam secukupnya
Perahan air asam jawa secukupnyabeli online disini
Air secukupnya
1 biji bawang merah saiz besar – hiris beli online disini
2 ulas bawang putih – hiris beli online disini
1 batang serai – ketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya beli online disini


1 sudu teh minyak masak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan potong dua.


2. Dalam periuk bersesuaian, campur semua dan didihkan guna api perlahan selama 20 minit.


3. Bila ikan kelihatan masak, angkat dan Singgang Ikan Selar sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN