Koleksi Aneka Resipi Puding Yang Sedap & Mudah Buat.

Share

Bagi peminat puding, pastinya berasa geram dan tak sabar nak cuba bila melihat aneka puding yang cantik ni diatas meja. Comel sangat malah rasanya juga sangat sedap. Bagi anda yang terasa nak hasilkan manisan ini untuk keluarga, seleksi resipi yang dikongsi di bawah ini antara yang boleh dicuba.

1. PUDING SUSU LAPIS STRAWBERRY

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali – rendam dengan air 1 jam dan toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair – sukat 2 cawan. Jika tidak cukup, tambah air.
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan tepung kastad – bancuh dengan sedikit air
  • Secubit garam
  • 10 biji strawberi – hiris nipis
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit perisa strawberi

CARA MEMASAK:
1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat manis, tepung kastad dan secubit garam. Masak hingga mendidih. Padamkan api.
3. Susun strawberi dalam loyang bersaiz 8×8. Boleh juga guna loyang bulat.
4. Ambil 1 cawan campuran agar-agar, tuang dalam loyang berisi strawberi perlahan-lahan. Biar hingga sederhana beku.
5. Ambil 2 cawan adunan agar-agar dalam periuk, tuang dalam bekas lain.
6. Kemudian ambil 1 cawan adunan agar-agar dan kisar dengan 1 biji buah strawberi hingga hancur. Tuang dalam bekas berisi campuran 2 cawan agar-agar tadi.
7. Masukkan pewarna merah dan perisa strawberi. Kacau sebati.
8. Ambil 1 cawan agar-agar strawberi dan tuang atas puding di dalam loyang.
9. Ulang proses melapis puding dengan menuang agar-agar yang asal dan agar-agatr strawberi secara berselang seli. Lakukan hingga habis.
10. Simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sehingga beku.
11. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zura Zul

 

2. PUDING MANGGA


BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji buah mangga manis – lagi banyak lagi sedap

CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Tuang gula dan gula batu. Kacau lagi hingga larut.
2. Masukkan susu tepung dan sedikit garam. Kacau lagi hingga sebati dan mendidih. Tutup api.
3. Ambil 2 cawan campuran agar-agar, tuang dalam blender. Masukkan 1 biji isi mangga yang dipotong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur. Kisar halus.
4. Basahkan loyang dan tuang 2 cawan agar-agar bersusu ke dalam loyang. Biar hingga sedikit keras.
5. Susun separuh mangga yang dipotong dadu pada permukaan agar-agar tadi. Tuang sedikit agar-agar. Kemudian susun lagi baki potongan mangga dan tuang lebihan agar-agar hingga habis. Biarkan mengeras seketika.
6. Bila agar-agar dah sedikit beku, tuang pulanagar-agar yang dikisar bersama mangga tadi perlahan-lahan.
7. Biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dipotong.

Kredit resipi & foto: Zura Zul

 

3. PUDING ROTI COKLAT PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu makan mentega/marjerin – cairkan
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan serbuk koko @ 1/2 sudu makanChocolate Emulco
  • 1/2 sudu makan perisa pandan (empunya resipi guna 3 sudu makan jus pandan)
  • Sedikit pewarna hijau dark green

CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan roti. Kisar roti bersama 1/2 cawan air, telur, susu pekat & susu cair. Ketepikan.
2. Masak serbuk agar-agar bersama 3 cawan air dan gula di dalam periuk hingga mendidih.
4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati.
6. Masak dengan api perlahan sehingga agar-agar mendidih. Tutup api.
7. Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan (empunya resipi guna jus pandan & pewarna “dark green”) dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko atau Chocolate Emulco.
8. Tuang bahagian coklat ke dalam loyang. Biarkan sejuk dan keras sedikit.
9. Kemudian tuang bahagian hijau ke atas bahagian coklat tadi. Perlu dibuat dengan cepat sebab puding ini cepat membeku.
10. Sejukkan dalam suhu bilik. Apabila telah sejuk, baru simpan dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika sejuk.

Kredit resipi & foto: Hamidah HA

 

4. PUDING OREO LAPIS MILO

BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair (400ml)
1 bungkus oreo – patah empat
750ml air
150gm gula


3/4 cawan milo

CARA MEMASAK:
1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
2. Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut guna api sederhana.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.


4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, bahagikan kepada dua bahagian.
5. Satu bahagian dicampurkan dengan milo dan kacau hingga sebati. Pastikan tidak berketul. Campuran milo ini juga kena bahagikan jadi 2 bahagian.
6. Tuang bahagian pertama (milo) ke dalam loyang untuk dijadukan dasar.
7. Bila mengeras sedikit, tuangkan pula adunan agar-agar putih tadi.
8. Taburkan biskut oreo mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit .
9. Kemudian tuangkan balik baki adunan milo. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk.
12. Bila dah beku sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Kredit resipi & foto: Coret Coret Nina

 

5. PUDING ROTI KARAMEL

BAHAN KARAMEL:

  • 2 sudu makan gula – masak dalam loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus. Bila gula dah cair, ratakan dalam loyang. Ketepikan.

BAHAN A:

  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula

BAHAN B:

  • 5 keping roti gardenia – carikkan
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan mentega/marjerin
  • 1 sudu makan tepung kastard – bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • Pewarna ungu, pink & kuning secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masak (bahan A) agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau rata & perlahankan api
2. Kisar bahan B kecuali tepung kastard hingga halus. Tuang dalam periuk agar-agar ( Bahan A) tadi. Besarkan api semula. Kacau rata.
3. Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.
4. Ambil 2 cawan agar-agar dan tuang dalam loyang berisi karamel tadi. Biarkan sedikit beku.
5. Ambil lebihan agar-agar dan bahagikan kepada 3 bekas sama banyak.. Warnakan ungu, pink dan kuning.
6. Tuang agar-agar ungu ke atas lapisan agar-agar dalam loyang yang telah sedikit beku secara perlahan-lahan hingga habis.
7. Kemudian tuang pula campuran agar-agar berwarna pink dan seterusnya warna kuning. Kena buat dengan cepat sebab puding roti ni cepat beku.
8. Jika rasa agar-agar terlalu beku sebelum dituang, panaskan sekejap menggunakan api perlahan.
9. Bila agar-agar beku sepenuhnya, simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dikeluarkan dari acuan dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zura Zul

 

6. PUDING FRUIT DELIGHT

BAHAN A:
• 15gm serbuk agar-agar
• 600ml air
• 150gm gula
• 2 biji putih telur

BAHAN B:
• 10gm serbuk agar-agar
• 600ml air
• 120gm gula

UNTUK HIASAN:
• Sedikit buah strawberi dipotong nipis
• Sedikit buah blueberi, pic atau buah-buahan lain

CARA MEMASAK:
1. Atur hirisan buah strawberi di sekeliling bekas atau acuan plastik bersegi. Ketepikan.
2. Masak bahan A sehingga mendidih kecuali putih telur. Ketepikan seketika dan biarkan suam.
3. Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan adunan agar-agar tadi sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan sederhana.
4. Tuang agar-agar putih telur ke dalam bekas atau acuan sehingga paras hirisan strawberi. Biarkan beku.
5. Susun buah-buahan yang anda sukai di atas permukaan lapisan yang telah beku tadi.
6. Masak bahan B hingga mendidih, biarkan suam dan tuang ke atas buah-buahan sehingga penuh.
7. Sejukkan terlebih dahulu dan enak dinikmati ketika sejuk.

 

7. PUDING COKLAT

BAHAN-BAHAN:
• 50gm gula
• 400ml susu penuh krim
• 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
• 1 sudu makan serbuk agar-agar
• 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
• ½ sudu makan coklat Hershey’s

UNTUK HIASAN:
• Sedikit krim putar
• Sedikit kepingan coklat

CARA MEMASAK:
1. Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
2. Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
3. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
6. Sedia dinikmati ketika sejuk.

 

8. PUDING AISKRIM OREO

BAHAN-BAHAN :
• 8gm serbuk agar-agar
• 100gm gula
• 500gm air
• 250gm krim putar
• 200gm susu segar
• 4 sudu makan aiskrim vanila
• 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut

CARA MEMASAK :
1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan

IKLAN