Buat adik-adik lepasan PT 3 Kolej Vokasional beri peluang kemahiran tinggi bagi mereka yang berminat dengan kulinari. Sistem pengajiannya 70 peratus kemahiran dan cuma 30 peratus sahaja akademik. Kolej Vokasional Gerik, Perak adalah antara kolej vokasional yang membuka peluang ini.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Gerik . Pada 2014 ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional Gerik. Pengarah Kolej ialah Hamid Jumhari. Waktu pembelajaran pula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Gerik diwujudkan pada tahun 2105 dengan penawaran dua program iaitu Seni Kulinari dan Bakeri & Pastri. Pelajar pengambilan pertama adalah seramai 30 orang bagi setiap program. Jumlah terkini bagi program Seni Kulinari lebih 80 orang dan program Bakeri & Pasti lebih 80 juga dengan 12 pensyarah.
Ads
Jangkamasa kursusnya adalah selama empat tahun lima bulan (dua tahun-Sijil Vokasional Malaysia) dan Diploma Vokasional Malaysia (dua tahun-Diploma Kemahiran Malaysia dan lima bulan Latihan Industri ‘on job trainning’.
Cara pembelajaran adalah teori dan praktikal mengikut Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Di kolej ini juga disediakan kemudahan bengkel yang lengkap.Kelebihan memilih kursus di sini adalah pembelajarannya sepenuhnya ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ads
Suasana pembelajarannya juga adalah kondusif dan menekankan kemahiran bagi melahirkan pekerja mahir dalam memenuhi permintaan yang tinggi daripada pihak industri. Paling ‘best’ Kolej Vokasional ini juga sentiasa mengadakan kursus-kursus yang membabitkan chef dan penggiat industri.
Ads
Pelajar juga diberi peluang menyertai pameran untuk mempromosikan program dan memberi pendedahan kepada pelajar menyertai pertandingan.Pelajar juga terlibat dalam kerja kemasyarakatan bagi meningkatkan keyakinan diri dan menggunakan kemahiran yang dipelajari.
Maklumat lanjut layari www.kvgerik.com
Alamat : KM 4, Jalan Kuala Rul, 33300, Gerik, Perak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba musim perayaan, pastinya banyak jemputan majlis serta kenduri kendara yang perlu dihadiri. Bila dah namanya majlis makan-makan, tentunya pelbagai jenis hidangan dihidangkan. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA REDAKAN PERUT SEBU SELEPAS MAKAN HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
Mulakan pagi anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
2. AIR HALIA SUAM
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
Setelah banyak hari makan makanan berat, elakkan makanan begitu seketika. Ini kerana sistem penghadaman anda perlu berehat. Ambil makan yang ringan seperti sup, bubur dan aiskrim. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
5. SENAMAN RINGAN
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau anda ingin membeli peralatan dapur, pastikan ia tidak diperbuat daripada bahan-bahan yang akan Min nyatakan ini. Makanan paling sihat sekalipun kalau dimasak atau disimpan dalam bekas yang bahan buatannya bertoksin, boleh menjadi ‘racun’ yang menjejaskan kesihatan kita.
Jom semak dan teliti, senarai bahan ini…
1.PERALATAN ALUMINIUM
Kuali dan periuk ada yang diperbuat daripada aluminium. Malah aluminium adalah material yang mampu beli murah dan pelbagai kegunaannya. Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato dan garam boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan.
Kertas aluminium atau aluminium foil sebaiknya diguna hanya untuk membungkus makanan sahaja. Kerana suhu yang tinggi boleh menyebabkan proses ‘leeching’ pengeluaran logam yang menjadikan makanan tidak ‘selamat’ dimakan .
2.PERALATAN KUPRUM @ ‘copper’
Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum adalah kegemaran kebanyakkan chef kan. Kuprum atau ‘copper’ sebenarnya dibuat daripada bahan logam lembut dan biasanya campuran bahan buatannya sering digandingkan dengan nikel. Kedua logam ini boleh membebaskan toksin logam bila dipanaskan dan boleh meresap dalam makanan.
Apabila anda memerah lemon contohnya, lagi lah terhakis logammya dan makanan pun menyerap logammnya dan boleh menjejaskan kesihatan . Kuprum yang berlebihan masuk ke tubuh sering dikaitkan dengan masalah kanser, tisu penghubung, dan pengeluraran estrogen yang tinggi.
3. PERALATAN DARI PLASTIK
Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.
4. PERALATAN DARI TEFLON/TIDAK MELEKAT (NON STICK)
Kuali teflon memang kerap digunakan untuk menumis, menggoreng dan sebagainya kerana Teflon memudahkan aktiviti memasak tanpa minyak lebih mudah. Bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya. Bahan saduran ‘tidak melekat’ ni dibuat dari ‘fluoropolymers’ , ia boleh mengeluarkan ‘perfluorooctanoic’ asid (PFOA) bila dipanaskan. Dan PFOA ni boleh terkumpul dalam badan dan tubuh kita tidak boleh metabolisasikannya.
Kalau nak tahu Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api
5. PERALATAN DARIPADA KELULI TAHAN KARAT DAH CALAR.
Ada apa dengan keluli tahan karat nih (stainless steel) ? Jika ia masih elok dan tiada kesan calar. Ia selamat digunakan. Tapi awas, jangan sampai ada kesan calar, terutamanya jenis yang tidak berkualiti atau rendah kualitinya .
Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar. Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium, dan nikel ke dalam makanan. Ia boleh menjejaskan kesihatan bila terkumpul dalam tubuh.
NI DIA ALTERNATIF PERALATAN SELAMAT:
1. BESI ALOI (CAST IRON)
Jadi elakkan dari menggunakan kuali, periuk, senduk atau bekas makanan daripada bahan-bahan tadi ya. Peralatan yang dibuat daripada ‘cast iron’ iaitu besi tuang (dicetak atau dikenali dengan besi aloi) lebih selamat. Begitu juga keluli tahan karat yang tidak tercalar.
2. GELAS TEBAL
Begitu juga dengan peralatan memasak daripada gelas tebal tahan haba contohnya seperti bekas daripada pyrex.
3. STONEWARE
Ia adalah bahan seakan seramik, dibuat dari tanah liat yang dibakar dengan api dan haba tinggi dan telah digunakan zaman berzaman oleh manusia. Walau pun ia dibuat daripada tanah liat alami adalah lebih bijak memilik peralatan masak stoneware yang bermutu tinggi dan berkualiti. Terdapat jenama murahan yang mungkin mengandungi kesan raksa atau bahan merbahaya yang boleh membebaskan toksin ke dalam makanan.
Lain-lain peralatan masak yang boleh dijadikan alternatif selamat adalah yang dibuat daripada tanah liat seperti periuk tanah dan seramik.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR TERBAIK, LAYARILAH DI SINI.
Makanan yang sihat bermula dengan alat memasak yang tepat dan tidak merosakkan kandungan nutrisi makanan yang anda ambil. Malah, untuk tidak mengundang masalah lain, anda perlu membersihkan alat memasak dengan cara yang betul. Berikut adalah berapa tip berguna yang boleh dikongsi bersama.
1. Pisau Yang Tajam
• Menurut Chef Rinrin Marinka, penulis buku Fantastic Cooking, pisau yang tumpul boleh melukakan tangan. Contohnya, ketika memotong tomato yang permukaan licin. Jadi, pilih pisau seramik atau stainless steel yang menjadi pilihan chef kerana ia tidak mengubah warna makanan.
Tip:Cuci pisau dan keringkan. Sebaiknya, pisau stainless steel diasah setiap hari terutamanya selepas menggunakannya.
2. Mesin Pengisar/Food Processor
• Lebih baik anda menyediakan makanan dari bahan asli daripada membeli makanan dalam tin. Melalui food processor, anda boleh membuat mayonis, puri sayuran dan buah, sos dan sebagainya.
Tip:Cuci mesin pengisar/food processor dengan berus yang khusus agar ia menjangkau bahagian tertentu. Keringkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang bau atau bakteria.
3. Bekas Yang Diulang Pakai
• Untuk memudahkan anda memasak makanan pada waktu yang sibuk, anda boleh menyiapkan bahan makan segar di dalam bekas yang tertutup rapat dan diulang pakai. Pilih bekas kaca atau pastik yang BPA free dan sesuai digunakan pada ketuhar.
Tip:Bersihkan bekas dengan sabun dan air suam. Gunakan span halus agar tidak memberi goresan pada bekas. Keringkan segera untuk mengelakkan bakteria membiak.
4. Papan Pemotong
• Jangan sesekali memotong ayam, daging dan sayuran pada papan pemotong yang sama. Sebaiknya, sediakan sekurang-kurangnya dua papan pemotong di rumah. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan pencemaran antara sayuran dan daging. Selain itu, pilih bahan pemotong yang diperbuat daripada kayu kerana papan pemotong plastik boleh menyebabkan plastik terhiris dan mencemarkan makanan.
Tip:Bersihkan papan pemotong dengan larutan sabun dan air suam. Keringkan segera.
5. Alat Pengukus
• Selain dimakan mentah, cara terbaik untuk mengambil sayuran adalah dengan mengukus. Pilih alat pengukus dari bahan stainless steel dan lebih praktikal dengan alat pengukus yang fleksibel.
Tip:Bersihkan alat pengukus dengan menggunakan berus yang khusus agar ia mudah dibersihkan pada bahagian tertentu.
6. Periuk
• Periuk juga memainkan peranan dalam jenis masakan yang anda masak. Begitu juga dengan alat pemanggang yang membuatkan anda lebih mudah untuk membersihkan. Namun, anda perlu perhatikan bahan anti lekat yang boleh membahayakan dan mengeluarkan racun.
Tip: Untuk jenis periuk ini, anda perlu membersihkan dengan menggunakan span yang lembut agar bahan merkuri tidak tertanggal dan bahaya untuk badan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kailan Tumis Belacan pedas padu dengan rasa sambal yang menyelerakan dan kailan rangup. Resipi mudah, cepat dimasak serta sesuai dijadikan lauk harian bersama nasi panas.