Nama Institusi : Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia Alamat : Lot 41 Jln Industri Miel 2, Kawasan Perindustrian IKS, 33000 Kuala Kangsar, Perak Maklumat lanjut :http://kkchenderoh.jppk.edu.my
Jom adik-adik ambil tahu kelebihan Kolej komuniti Chenderoh Perak ( KKCP), salah satu dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan tinggi. ( sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia @ Kementerian Pendidikan Malaysia).
KKCP atau kolej Komuniti Chenderoh Perak ditubuhkan pada 2003 untuk melatih pelajar menjadi seorang profesional dalam bidang kemahiran khasnya dan menjadi peneraju TVET terunggul di Malaysia. Di dalam Program Kulinari, KKCP mempunyai pensyarah yang mahir dan berkelayakan dari segi akademik dan kemahiran.
KKCP dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe, surau, bilik kuliah, dewan besar dan Pusat Sumber. FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di dipelbagai rangkaian hotel dan resort terkemuka diseluruh negara.
Ads
KKCP mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun yang sama. Sejak itu kkcp telah menghasilkan lebih dari 2,351 graduan sejak ditubuhkan.
Di sini turut menawarkan kursus Diploma In Culinary Arts dan Sijil Kulinari di samping beberapa kursus kemahiran yang lain.Semua kursus di KKCP telah mendapat akreditasi penuh MQA. Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar dan peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian .
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik, memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaan menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Ads
Dengan adanya Kolej Komuniti, ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian dengan memfokuskan kepada kemahiran dan memastikan semua pelajar dapat menguasai bidang yang di ceburi sesuai dengan Revolusi industri 4.0 yang di war-warkan oleh kerajaan.
Pencapaian pelajar dan pensyarah Program Kulinari KKCP juga berada di tahap yang amat membanggakan, selain daripada mendapat pembelajaran secara teori dan amali di kolej, pelajar juga didedahkan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara . Pelbagai kejayaan yang telah di kecapi oleh Program kulinari KKCP pada tahun ini.
Di antaranya Kolej Komuniti Chenderoh Perak telah melakar sejarah tersendiri dan mencatat kejayaan gemilang di luar negara pada tahun lepas iaitu di Seoul Food Hotel Culinary Competition 2019 dengan mendapat 3 anugerah utama .Ia juga mendapat anugerah Special Judge Award
Ads
Juara “International Team Award” dan tepat ketiga untuk anugerah’Chinese Stir Fry Award’ dan juga mendapat empat perak, empat gangsa dan enam diploma dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Seoul, Korea ini. KKCP juga turut melakarkan kemenangan di pertandingan kulinari peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2019.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI BARANG RUNCIT,BOLEH LAYARINYA DI SINI.
BABA’Sterus komited memberi kepuasan kepada pencinta dunia kulinari di Malaysia menerusi kejayaannya dalam beberapa pengaturcaraan dan pertunjukan masakan tempatan. Sejak dari pengeluaran pertama 14 tahun yang lalu, BABA’S sentiasa fokus kepada kehendak penggunanya dan berusaha menyampaikan kehendak itu dalam format yang lain dari yang lain.
Optimis untuk memberi aspirasi dalam dunia masakan, Baba’s membawakan rancangan masakan, VERSUS 1001 RASA BABA’S yang telah pun tamat hingga musim kedua. Apa yang uniknya program ini adalah ianya disertai oleh peminat serta pengguna produk Baba’s dan dibantu oleh 17 guru masakan yang hebat. Program masakan yang dihoskan oleh Chef Dr Kamarul and Chef Adu Amran ini telah mendapat sambutan yang luar biasa sejak dari musim pertama lagi.
Ketua Pengiklanan & Promosi Baba’s, Claudian Navin Stanislaus berkata ia sudah menjadi satu prinsip buat pihak Baba’s untuk sentiasa mendengar komen serta kehendak pelanggan dan akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu daripadanya. Tetapi apa yang pasti, tidak kira berapa banyak sambutan yang diterima, pihak Baba’s tetap akan berhenti menyiarkan program tersebut selepas 2 musim dan akan kembali dengan program hit yang lain dengan idea dan konsep yang lebih menarik.
“Kami tidak mahu peminat bosan dengan program yang sama. Makanan merupakan sesuatu yang menarik dan terdapat banyak cara kreatif yang lain untuk menyampaikannya, kenapa perlu program yang sama berulang kali? Contohnya tiada siapa suka makan di tempat yang sama setiap hari, makanan yang sama, begitu juga dengan program masakan,” tambah Navin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif rancangan ketika majlis penyampaian hadiah Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua di Empire Hotel, Subang Jaya, semalam.
Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2!
Siapa sangka seorang surirumah telah dinobatkan sebagai juara program pertandingan masakan Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua. Khadijah Mohd Noor Kamal, 39 tahun telah berjaya membawa pulang RM10,000 serta ketuhar gelombang mikro Fargo dan sepasang tiket penerbangan ke Melbourne, Autralia untuk empat hari tiga malam tajaan AirAsia.
Beliau mula mempunyai minat memasak selepas berkahwin dan mencuba pelbagai resipi di rumah. Berusaha menambah ilmu dengan meminta tunjuk ajar dan tips daripada ibu serta ibu mertuanya, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira apatah lagi ini merupakan kali pertama menyertai pertandingan memasak. “Kalau bercakap soal pengalaman, saya memang tidak ada apa-apa latar belakang berkaitan kulinari, saya cuma memasak di rumah untuk keluarga. Malah, mereka juga tidak menjangka saya boleh menyertai pertandingan ini,” kata beliau.
Ibu anak lima ini telah menewaskan tiga finalis lain iaitu Chef Budiman Bistari selaku pemenang tempat kedua serta Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli yang berkongsi tempat ketiga. Budiman membawa pulang RM3,000 beserta dua tiket penerbangan ke Hong Kong untuk empat hari tiga malam. Sementara Nazura dan Izwan masing-masing menerima RM500 serta tiket penerbangan ke Jakarta, Indonesia juga untuk empat hari tiga malam.
Pada peringkat akhir program itu, Khadijah menyediakan tiga menu iaitu Kari Ikan Baba’s dan Tepung Kacang Hijau Baba’s menerusi cabaran Black Box dan Nasi Minyak Beraroma untuk cabaran Inflight Menu.
Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan RM1001 kepada tiga badan amal terpilih iaitu Pertubuhan Tranformasi Dayak (TRADA), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Kelab Bekas Komando Malaysia.
Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.