Apa khasiat Chia Seed ni? Kalau nak tahu, Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal daripada tanaman Salvia hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Mexico dan Amerika Selatan. Rasa chia seed ini tawar dan untuk memakannya, anda perlu merendamnya di dalam cairan atau air selama beberapa minit. Untuk memberi rasa, boleh dicampurkan dengan jus buah-buahan dan makanan lain juga.
Chia seed mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik dan diperlukan tubuh untuk menurunkan trigliserida. Selain mengandungi asid lemak omega-3, chia seed juga memiliki banyak serat. Bahkan, ia juga mengandungi pelbagai jenis nutrisi lain iaitu kalsium, fosforus, protein, karbohidrat, tembaga, kalium, dan zink. Berikut adalah di antara manfaat chia seed untuk kesihatan yang perlu anda ketahui.
Chia seed organik dan produk organik lain boleh didapati di Love Earth:
KHASIAT CHIA SEED
1. MENURUNKAN KOLESTEROL
Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti peradangan. Kata ‘chia’ berasal daripada kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Sebagai salah satu sumber terkaya dari omega-3 dan asid alpha-linolenic, chia seed mengubati berbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, mengurangi peradangan dan menurunkan kolesterol.
2. TINGGI SERAT
Serat makanan membantu mengurangi kolesterol, peradangan dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Dua sudu makan chia seed menyediakan lebih dari sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.
3. MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Chia seed kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan proses penuaan.
4. KAWAL GULA DALAM DARAH
Ads
Manfaat chia seed yang lainnya adalah mengendalikan kadar gula darah. Meningkatnya kadar gula darah adalah salah satu dari banyak masalah kesihatan utama kini. Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Jadi sangat bagus diambil oleh mereka yang memiliki penyakit kencing manis.
5. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Kombinasi serat, protein dan nutrisi lain yang terkandung di dalam chia seed mampu memberikan efek kenyang. Jadi ia dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama dan seterusnya membantu anda menurunkan berat badan secara sihat.
6. MENGUATKAN TULANG Chia seed mengandungi kalsium, mgnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dikatakan dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang yang sihat dan kuat. Bijirin ini juga boleh dijadikan sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi anda yang kurang minum susu.
Chia Seed ni rasanya tawar. Oleh itu, untuk menikmatinya secara sedap, anda boleh menambahkan ke dalam hidangan kegemaran seperti salad, minuman, manisan dan sebagainya. Berikut adalah antara resipi mudah yang boleh dihasilkan menggunakan bijiirin ini.
RESIPI GUNA CHIA SEED
Ads
1. BLACKBERRY CHIA SEED JAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beri hitam (blackberry) – boleh ganti dengan buah beri lain yang mudah diperolehi
1 1/2 sudu makan jus lemon (daripada separuh buah lemon)
1 – 2 sudu makan madu
2 sudu makan chia seed
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali kecil dengan api sederhana. Masukkan beri hitam dan jus lemon. Kacau sambil lenyek-lenyekkan beri hitam menggunakan bahagian belakang garpu.
Masukkan 1-2 sudu madu untuk memberi rasa manis pada jem. Kacau perlahan. Masukkan chia seed dan kacau lagi.
Angkat dan sejukkan kira-kira lima minit supaya ia memekat. Setelah sejuk tuang ke dalam bekas jem kedap udara. Pindahkan ke dalam peti sejuk.
Keluarkan apabila hendak menikmati.
2. PUDING CHIA MATCHA GREEN TEA
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan susu badam
2 sudu makan sirap maple atau madu| pilihan
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh serbuk matcha
6 sudu makan chia seed
HIASAN:
Daun pudina secukupnya
Buah strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar susu almond, sirap maple, ekstrak vanila dan serbuk matcha hingga lembut sebati.
Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan chia seed. Kacau sebati. Terus kacau kira-kira 15 minit. Kemudian biarkan semalam di dalam peti sejuk.
Keluarkan kacau seketika dan tuang ke dalam cawan menghidang.
His dengan sedikit daun pudina dan hirisan strawberi.
Sedia dinikmati sejuk.
3. OAT PORRIDGE WITH CHIA SEED PEACH AND HONEY
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan oat
1⁄3 cawan air
1/8 cawan jus pic + 5 biji pic
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1/8 sudu teh ekstrak vanila
½ sudu teh gula
Chia seed secukupnya
CARA MEMASAK:
Hiris pic dan ketepikan.
Di dalam satu mangkuk, masukkan oat, air , hirisan pic serta jus buah pic.
Masukkan ke dalam mikrowave dan panaskan mikrowave sehingga 500watt kira-kira dua minit. Kacau sekejap dan panaskan lagi untuk satu minit dan sehingga masak.
Kemudian tinggikan sehingga 1200watt dan panaskan untuk 30 saat. Kacau lagi dan panaskan lagi untuk 30 saat dan sehingga ia masak sepenuhnya.
Keluarkan dan tabur serbuk kayu, ekstrak vanila, chia seed dan gula. Gaul sekata. Akhir sekali, boleh hiaskan dengan hirisan pic, chia seed dan daun pudina ketika menghidang.
Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cucur udang memang sedap. Apatah lagi jika anda orang Utara, biasanya cucur udang ni dinikmati bersama kuah kacang. Untuk sarapan pagi atau minum petang, cucur udang adalah antara pilihan menu yang sesuai dihidangkan. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandi’ minyak.
Ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
2 biji cili merah | dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
*Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
*Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
*Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
sumber foto: eatwhattonight.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya bila badan rasa kurang sihat, selera makan dengan sendirinya akan kurang. Bila tak makan, badan akan rasa lemak seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Mana taknya, badan kekurangan tenaga untuk melawan penyakit. Oleh itu jika anda tidak sihat, rasa lemah, cuba ambil makanan-makanan ini. Pasti anda rasa lebih selesa.
1. PISANG Mengandungi tinggi karbohidrat dalam memberi sumber tenaga pada badan. Pisang juga mempunyai kalium tinggi yang dapat menggantikan kalium dalam badan yang hilang ketika anda berpeluh, muntah atau dehidrasi. Pisang juga dapat menstabilkan suhu badan anda.
2. LEMON Mempunyai vitamin C yang dapat membantu meningkatkan ketahanan badan. Lemon juga mempunyai antioksidan yang dapat mempercepatkan pemulihan dan melawan penyakit.
3. HALIA Ia baik untuk anda yang mengalami muntah, mual dan masalah penghadaman. Minum air halia suam dapat memberi rasa selesa dan menjaga kesimbangan cecair dalam badan.
4. IKAN Mengandungi karbihidrat yang mudah dihadam oleh saluran penghadaman. Ia juga membantu untuk mengelakkan rasa mual dan muntah serta memberi tenaga pada badan.
5. TEH PANAS Minum teh mengurangkan rasa sakit tekak dan memulihkan saluran pernafasan. Rasa teh yang hangat dapat membantu rasa lebih selesa ketika anda sakit. Antioksidan yang ada pada teh hijau juga dapat meningkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan memenuhi keperluan cecair dalam badan.
6. AIR KELAPA Air kelapa adalah minuman yang sempurna untuk diminum apabila anda sedang sakit. Selain rasa yang manis dan beraroma, ia juga mengandungi glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk menambah cecair dalam badan.
7. SUP AYAM Mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan lendir dan melawan jangkitan. Ia juga membantu menjaga kelembapan hidung dan mencegah dehidrasi.
Buat adik-adik lepasan PT 3 Kolej Vokasional beri peluang kemahiran tinggi bagi mereka yang berminat dengan kulinari. Sistem pengajiannya 70 peratus kemahiran dan cuma 30 peratus sahaja akademik. Kolej Vokasional Gerik, Perak adalah antara kolej vokasional yang membuka peluang ini.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Gerik . Pada 2014 ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional Gerik. Pengarah Kolej ialah Hamid Jumhari. Waktu pembelajaran pula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Gerik diwujudkan pada tahun 2105 dengan penawaran dua program iaitu Seni Kulinari dan Bakeri & Pastri. Pelajar pengambilan pertama adalah seramai 30 orang bagi setiap program. Jumlah terkini bagi program Seni Kulinari lebih 80 orang dan program Bakeri & Pasti lebih 80 juga dengan 12 pensyarah.
Jangkamasa kursusnya adalah selama empat tahun lima bulan (dua tahun-Sijil Vokasional Malaysia) dan Diploma Vokasional Malaysia (dua tahun-Diploma Kemahiran Malaysia dan lima bulan Latihan Industri ‘on job trainning’.
Cara pembelajaran adalah teori dan praktikal mengikut Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Di kolej ini juga disediakan kemudahan bengkel yang lengkap.Kelebihan memilih kursus di sini adalah pembelajarannya sepenuhnya ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suasana pembelajarannya juga adalah kondusif dan menekankan kemahiran bagi melahirkan pekerja mahir dalam memenuhi permintaan yang tinggi daripada pihak industri. Paling ‘best’ Kolej Vokasional ini juga sentiasa mengadakan kursus-kursus yang membabitkan chef dan penggiat industri.
Pelajar juga diberi peluang menyertai pameran untuk mempromosikan program dan memberi pendedahan kepada pelajar menyertai pertandingan.Pelajar juga terlibat dalam kerja kemasyarakatan bagi meningkatkan keyakinan diri dan menggunakan kemahiran yang dipelajari.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!