Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah kira-kira 9000 tahun yang lalu. Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Pokok barli
Bijirin barli ni kelihatan macam biasa tetapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Selain direbus dan dinikmati sebagai minuman, barli juga boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain yang sangat bagus dalam memberikan manfaat kepada tubuh badan.
Barli belum proses
KHASIAT BARLI
Ads
1. MENYEJUKKAN BADAN.
Jika demam atau suhu badan tinggi, jus barli dikatakan boleh menyejukkan badan.
2. KAYA VITAMIN & ZAT GALIAN
Malah ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk tubuh. Antaranya 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C dan 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli. Wow…Bagusnya!
3. BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN
Barli juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia mengandungi serat yang memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
4. BANTU RENDAHKAN KOLESTEROL & ELAK SEMBELIT
Pada masa yang sama, Barli membantu merendahkan kolesteroldalam darah, membantu usus berfungsi dengan sihat sekali gus mengatasi masalah sembelit.
Barli siap proses
5. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BARAH & JANTUNG
Pengambilan bijirin ini juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Ini kerana ia mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.
Ads
Banyak kan khasiat bijirin kecil ni? Jadi amalkanlah pengambilan Barli dalam diet harian anda. Selain dibuat minuman, Barli juga boleh dimasak. Jom cuba resipi di bawah ini. Anda pasti sukakan rasanya.
SUP BEBOLA DAGING BARLI TIMUN
Ads
BAHAN-BAHAN:
2-3 batang timun jeruk
150gm barli
200gm daging lembu cincang
1biji telur
1-2 sudu teh pes bawang putih
3 biji bawang merah | hiris nipis
2-3 biji ubi kentang | potong dadu
2.5 liter air rebusan / stok daging
Sedikit daun dill
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh barli dan rendam semalam. Ketepikan.
Masukkan air rebusan/ stok daging di dalam periuk dan apabila menggelegak, masukkan barli. Masak lebih kurang 20 minit. Ketepikan.
Untuk menyediakan bebola daging; satukan daging cincang, telur, pes bawang putih dan sedikit garam. Gaul sekata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah hingga terbit wangi dan tuang ke dalam air rebusan/stok tadi. Gaul sekata.
Masukkan ubi kentang dan bebola daging dan masak lagi kira-kira 15 minit atau sehingga bebola daging dan ubi kentang masak sepenuhnya.
Akhir sekali, masukkan hirisan timun jeruk, daun dill dan masak beberapa minit lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati ketika panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tiap hari kita suka minum teh tarik atau kopi susu. Kan? Apa kata kita buat sendiri susu pekat manis tu. Senang je sebenarnya nak buat susu pekat manis. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan?
Bahan-bahan
1/3 cawan atau 60 ml air suam
1 cawan atau 100 gram susu tepung
2/3 cawan atau 125 gram gula halus
1/4 cawan marjerin
Cara membuat
1. Dalam blender, masukkan air suam dahulu.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
3. Kisar halus sehingga berubah jadi berkrim. Sesekali kacau dengan sudu. Jika rasa kepekatan kurang, boleh tambah sedikit susu tepung.
4. Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.
Senang je kan? Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish
Order aneka BEVERAGES kegemaran hanya menerusi hujung jari. Ada macam-macam. Pilih je DISINI.
Jom cuba aneka RESIPI MINUMAN di bawah ni. Memang mudah, sedap & menyegarkan.
Teh Pakistan Mashyur. Unik resipi yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni. Nama diambil sempena resipi ayng diperolehi dari tauke karpet Pakistan. Minuman ini tidak sama dengan Teh Tarik biasa kerana ada teknik penyediaannya tersendiri. Cubalah… Buat untuk minum petang pun sesuai tau. Memang padu. Selamat mencuba!
Ada yang berazam nak turunkan berat badan ? Selain melakukan senaman secara berkala, anda juga boleh cuba minuman ni. Menurut perkongsian saudari Nurul Moolek Cereprove, resipi ini beliau dapat dari blog penulis barat. Bila dicuba, sangat-sangat serasi dengan beliau. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan ( sekali minum).
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu danbuah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk Kayu Manis Ceylon
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...