Ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Malah di Malaysia, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Selain dibuat jus, ia boleh direbus sebentar untuk dicampur ke dalam salad, atau dibuat puri untuk sup, dan lain-lain lagi.

Khasiat Ubi Bit Merah & Cara-Cara Hasilkan Jus Sedap Serta Berkhasiat.

Ia kaya akan karbohidrat ( dalam bentuk gula dengan sedikit kandungan protein dan lemak) , yang mudah menjadi energi serta zat besi yang membantu darah mengangkut oksigen ke otak. Bit berwarna merah, warna ini disebabkan oleh gabungan pigmen ungu betasianin dan pigmen kuning betasantin. Walaupun mengandung karbohidrat, namun kalorinya rendah.

Banyak sekali khasiat dan kebaikan ubi bit merah ini. Antaranya adalah untuk mengatasi tekanan darah tinggi dan menyihatkan jantung.

Ads

Para pakar daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat menyarankan pesakit hipertensi untuk minum 500 ml jus bit setiap hari. Telah terbukti secara nyata minum jus ubi bit ini mampu membantu menurunkan hipertensi . Kandungan nitrat yang juga terdapat pada sayuran berdaun hijau, menurunkan tekanan darah.

Khasiat Ubi Bit Merah & Cara-Cara Hasilkan Jus Sedap Serta Berkhasiat.

Menurut Prof. Amrita Ahluwalia dari Barts & London School of Medicine, mendapati bahawa minum jus bit serta sayuran lain yang kaya akan kandungan nitrat akan memelihara kesihatan jantung. Hasil percubaan yang dijalankan, tekanan darah menurun dalam waktu 1 jam setelah minum jus ubi bit. Jadi, bagi pesakit darah tinggi, apa kata anda cuba. Tidak salah anda cuba kan?

 

JUS UBI BIT MERAH

Ads
Khasiat Ubi Bit Merah & Cara-Cara Hasilkan Jus Sedap Serta Berkhasiat.
foto: https://cocobeandotme.wordpress.com/2014/01/17/beetroot-carrot-apple-orange-ginger-juice/

BAHAN-BAHAN:

Khasiat Ubi Bit Merah & Cara-Cara Hasilkan Jus Sedap Serta Berkhasiat.
foto: https://cocobeandotme.wordpress.com/2014/01/17/beetroot-carrot-apple-orange-ginger-juice/
  • 2 biji oren saiz sederhana
  • 2 biji epal  hijau         
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana
  • 1 biji ubi bit merah saiz besar
  • 2.5cm halia

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Kupas kulit oren, buang biji dan potong kasar.
  2. Epal juga dibuang biji dan potong kasar.
  3. Kupas kulit lobak merah dan potong kasar.
  4. Kupas kulit halia dan hiris.
  5. Kupas ubi bit merah dan potong kasar.
  6. Kemudian satukan kesemua buah-buahan tadi di dalam pengisar buah-buahan. Kisar hingga halus. Tambah sedikit air jika perlu.
  7. Sedia dihidangkan.

Info Chef : Boleh ditambah dengan kiub ais jika inginkan jus itu sejuk.

 

Kredit resipi & foto: COCOBEAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI