Uncategorized

‘Ketagih’ Nak Makan Sajian Asli Terengganu, Pakat Mari Restoran Singgang Warisan.

Share

Bertepatan dengan namanya Singgang Warisan, restoran ini cukup popular dengan sajian asli Terengganu. Selain lauk singgang yang menjadi ‘signature dish’ dan dijamin sedap, terdapat lebih 70 lauk pauk sajian Melayu asli di sini.

Berita baik buat penggemar hidangan Pantai Timur, lebih 60 peratus daripada menu sajian tradisinya adalah berasal dari Terengganu. Paling menarik pemiliknya bukan berbangsa Melayu tetapi pemuda berbangsa Arab Yaman , Mohammed Tareq Hamood yang kini telah pun menetap dan berkeluarga di Selangor.

Sejak bertemu jodoh dengan isterinya Aizatul Nadia Abd Aziz wanita kelahiran Terengganu, Tareq mula berjinak dan jatuh hati dengan makanan Terengganu.

“Ilham idea masakan adalah dari ibu mertua saya. Bagi saya masakan Terengganu memang hebat dan seharusnya warga kota diberi peluang untuk menikmati makanan ini di ibu kota,” cerita pencinta budaya dan juadah Melayu ini

Hiasan dalaman restoran ini cukup klasik dengan kraftangan wau bulan, kebaya songket dan potret bintang lagenda Allahyarham P. Ramle.

Ceritanya nama Singgang adalah sinonim dengan menu Terengganu manakala Warisan pula dipilih untuk menonjolkan warisan Melayu dalam hiasan dan makanan . Dari sini tercetusnya idea nama restoran ini.

Lagu arwah Saloma, P. Ramle dan S.M Salim dan filem Melayu klasik hitam putih menjadi halwa telinga apabila menikmati juadah di sini.

Jika di sebelah pagi anda boleh bersarapan nasi dagang, nasi minyak, pulut nyor, laksa Penang dan laksam. Di sebelah tengahari senarai lauk pauknya makin panjang. Uniknya sajian tengahari dihidang ala bufet dengan menggunakan periuk tanah bagi memastikan lauk sentiasa hangat dan sedap dimakan.

 

Restoran Singgang Warisan :
Alamat: 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor.
Waktu operasi : Selasa hingga Ahad dari jam 7.30 pagi – 10.30 malam.

IKLAN