Bila petang-petang sedap pula nak mengunyah. Kalau bukan goreng pisang, keropok lekor dah jadi kemestian. Tapi bila beli keropok ada jer yang kurang rasa. Lebih baik buat sendiri, puas makan. Simple je buatnya.
KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/ikan sardin
2 cawan tepung sagu ( jika tiada, boleh juga diganti dengan tepung ubi)
CARA MEMBUAT:
Ads
1.Cuci ikan bersih2 dan asingkan tulang dengan isi.
2.Masukkan isi ikan dlm blender.. masukkan juga beberapa ketul ais + sedikit garam. Blend lumat!
Ads
3.Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Uli hingga menjadi doh.
4.Tabur sedikit tepung.. then, gentel memanjang mcm ni.
Ads
5. Doh yang siap digentel memanjang
6.Masukkan dlm air yang sedang mendidih.. tunggu hingga keropok timbul, baru angkat!
7. Siap!
Kredit : Ilham Media
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Popia Simpul Inti Serunding Ikan Bilis sangat sedap dimakan berulang-ulang. Kalau dah ‘start’ makan memang susah hendak berhenti. Macam ketagih pula bila sudah mula makan. Walaupun kudapan ini nampak ringkas namun ia tetap menjadi pilihan tetamu. Buktinya setiap kali tetamu datang, memang akan habis sebalang. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Popia Simpul Inti Serunding Ikan Bilis ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim
RESIPI POPIA SIMPUL INTI SERUNDING IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – BELI ONLINE 12 tangkai cili kering (rebus dulu) – BELI ONLINE 1 biji bawang besar (potong kecil) 5 ulas bawang putih (potong kecil) – BELI ONLINE 5 batang serai (potong kecil) Sedikit halia (agak-agaks sahaja) potong kecil – BELI ONLINE 1/2 cawan air 1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak) 2 sudu makan gula – BELI ONLINE 2 sudu makan minyak masak – BELI ONLINE 1 sudu teh garam – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih. Toskan dan kisar guna pengisar (blender) kering.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar hingga sebati.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama 5 minit. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga kering. Agak lama juga hendak tunggu kering, lebih kurang 40-45 minit.
5. Langkah seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecil. Potong lapan bahagian untuk sekeping kulit popia.
6. Letakkan serunding di atas kulit popia tadi. Simpul kemas-kemas. Buat hingga habis.
7. Goreng hingga masak. Biarkan seketika kemudian bolehlah masukkan ke dalam balang kedap udara.
Tauhu berlauk ini sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili. Ada juga yang buat pencicah cili kicap seperti tauhu bergedel. Rasanya yang digabungkan dengan isi ayam, tauhu dan tauhu telur memang sedap.
Boleh dikatakan tauhu berlauk ini juga sebagai antara menu sihat disebabkan bahan-bahannya dan cara memasaknya iaitu mengukus. Sesuailah pada yang sering mengamalkan pengambilan makanan yang sihat ini.
Ikuti perkongsian resipi tauhu berlauk daripada Maslinda Catelleya Orchid ini. Kalau dilihat, memang menyelerakan dan gerenti tak cukup satu. Jom cuba buat.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.