Nak dekat raya, santan adalah antara bahan masakan utama yang pasti laris dan mendapat permintaan tinggi. Rendang, kari, lontong dan banyak lagi juadah hari raya, kebanyakannya menggunakan santan. Ramai dikalangan kita yang suka beli santan di hari-hari akhir menjelang Aidilfitri kerana jika beli awal, bimbang santan akan rosak. Tapi penatlah sebab kena beratur lama untuk menunggu giliran. Sebenarnya santan ni boleh tahan lama jika kena cara pemprosesan dan penyimpanannya.
CARA PILIH, PROSES & SIMPAN SANTAN SUPAYA TAHAN LAMA & TIDAK MASAM
1. PILIH KELAPA BARU
Untuk hasil masakan yang sedap dan sempurna, pastikan santan yang anda gunakan diambil dari buah kelapa yang baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih. Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Jika anda membeli kelapa di kedai, minta pekedai belah kelapa baru supaya anda tidak terbeli kelapa yang kurang baik. Santan yang diperah dari buah kelapa yang baik dapat disimpan dalam tempoh masa yang lama tanpa menjejaskan rasanya.
2. GUNA JENIS KELAPA YANG SESUAI
Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan santan dalam masakan menjadi cepat masam.Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Ini kerana santan yang terhasil dari kelapa yang cukup tua memang sangat sesuai untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak.
3. TEKNIK PERAH SANTAN
Teknik memerah santan juga menjadi sebab santan cepat basi. Jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut dan kena perah sendiri, pastikan anda menggunakan air masak atau air bersih. Elakkan guna air paip kerana santan yang diperah guna air masak akan lebih tahan lama bila disimpan.
4. CARA MENYIMPAN SANTAN
Cara terbaik untuk menyimpan santan agar tahan lama adalah dengan menyimpannya dalam peti sejuk beku. Melalui cara ini, santan yang dibeli mampu kekal segar sehingga berbulan-bulan. Sesuai sangatlah dengan musim nak raya ni. Beli awal dan simpan dalam freezer. Bila nak guna, hanya keluarkan dari peti sejuk dan cairkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
3. Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacandan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan. 7. Selamat mencuba!
Bawal Sweet Sour rangup dengan kuah masam manis pekat dan berkilat. Ikuti resipi lengkap serta rahsia kuah paling padu untuk hidangan pembuka selera yang menggoda!