Kerepek Popia Seaweed, Kudapan Rangup Tak Sedar Habis Sebalang

Share

Kulit popia, selain daripada dibuat popia goreng, enak juga dibuat kudapan seperti popia nestum dan popia seaweed. Hanya guna tiga bahan, cara membuatnya pun cukup mudah.

Ikuti perkongsian Ana Ahmad untuk menghasilkan popia seaweed yang mudah dan sedap. Senang saja cara membuatnya Ajak anak-anak sekali buat, pasti cepat siap.

Mereka pasti suka dengan aktiviti ini. Lagi-lagi kalau buat ketika menjelangnya Hari Raya. Bertambah semangat nak buat kuih raya atau kerepek yang lain. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:
Kulit popia – Boleh beli online di sini

Seaweed (perisa kesukaan) – Boleh beli online di sini

Putih telur

CARA MEMASAK:
Sekeping kulit popia disapukan dengan putih telur.

Kemudian, letakkan seaweed yang telah dipotong kecil. Jika nak cepat dan mudah, boleh letak sekeping besar terus dan kemudian boleh digunting.

Setelah itu, sapukan putih telur pada sekeping lagi kulit popia dan segera letakkan ke atas seaweed tadi. 

Kemudian, boleh digunting mengikut saiz yang dikehendaki.

Setelah selesai, bolehlah digoreng sehingga garing keemasan.

Dah siap. Sejukkan dan boleh simpan di dalam balang.

Kredit: Ana Ahmad

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN