Kerepek Popia Pedas, Rasa Sekali Gerenti Mencari Lagi

Share

Kulit popia banyak fungsinya. Selain dibuat popia goreng, ramai juga yang mengolah resipi kulit popia ini untuk dijadikan kudapan seperti popia nestum dan popia pedas atau popia bersira.

Pembuatannya pun tidaklah sesukar mana. Buat beramai-ramai atau bersama-sama anak-anak ketika menggulung kulit popia, memang cepat siap dan banyak hasilnya.

Resipi perkongsian Hairul Nizam Ijam kali ini memang terbaik. Sedap nampak sambal siranya tu. Tak sabar nak buat. Bolehlah buat kudapan ataupun kerepek pada Hari Raya.

BAHAN-BAHAN:
 
1 paket kulit popia (saiz besar ) – Boleh beli online di sini

1 biji telur

5 sudu besar gula – Boleh beli online di sini

1 sudu teh pati asam jawa – Boleh beli online di sini

1 sudu teh garam

Minyak (untuk menggoreng)

(BAHAN KISAR)

20 biji cili kering – Boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.

Gunting ikut citarasa masing-masing.

Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.

Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.

Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.

Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan kerepek popia dan gaul rata.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tak susah nak buatnya kan.

Kredit: Hairul Nizam Ijam

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN