Kerepek Biji Durian. Resipi Unik & ‘Rare’ Tapi Sangat Sedap

Share

Pernah cuba makan Kerepek Biji Durian? Musim durian tengah banyak ni bolehlah cuba buat kerepek unik ni. Biasanya isi durian sahaja kita makan. Bijinya dibuang. Kali ni boleh simpan biji dan sediakan kudapan ringan yang enak ini.  Cara penyediaan Kerepek Biji Durian cukup mudah malah tidak menggunakan banyak bahan pun. Buat sambil santai-santai di waktu petang. Sseronok!  Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Rozana Hashim AsSalihin

. Pasti puas hati.

RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Biji durian
Air garam
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan biji durian. Jika rajin, boleh kikis kulit berwarna coklat. Jika tidak, boleh dibiarkan sahaja. Rendam biji durian dalam air garam semalaman.

2. Keesokkannya, sagat biji durian nipis-nipis.

3. Bila siap disagat, biarkan biji durian tadi selama 1-2 jam. Kemudian boleh goreng dalam minyak menggunakan api sederhana perlahan. Hirisan biji durian agak mengambil masa untuk garing. Pastikan selalu dikacau.

4. Kerepek menunjukkan tanda-tanda sudah masak apabila ia berasa ringan ketika dikacau. Bolehlah angkat dan toskan minyaknya.

5. Sejukkan kerepek terlebih dahulu sebelum dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Rozana Hashim AsSalihin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN