Kerepek Biji Durian Crispy, Sedap Dan Rangup

Share

Kebiasaannya, kita pasti akan membuang biji durian selepas menikmatinya. Tetapi, tahukah anda sebenarnya biji durian boleh dibuat kerepek. Resipi kerepek biji durian ini telah dikongsi oleh Azura Jhamary. Katanya, ia cukup rangup bila dijadikan kerepek. Tambah pula serbuk cheese, confirm menjilat jari. Jom kita lihat resipi yang dikongsi olehnya. Selamat mencuba!

KEREPEK BIJI DURIAN CRISPY (3-4 ORANG MAKAN)

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 hingga 7 biji durian (lebih pun boleh)
  • 1 senduk Tepung Bistari
  • Pisau sagat biji durian

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Sebelum kopek kulit durian, rendamkan dahulu biji durian. Ia bertujuan untuk membuang sisa-sisa isi durian.

 

2. Kemudian, kopek kulit biji durian. Hati-hati kerana ia akan keluar lendir yang banyak. Jadi, rajin-rajin rendam dan keringkan.

 

3. Sagat biji durian semampu yang boleh. Hati-hati kerana biji durian agak keras sedikit.

 

4. Selepas disagat, letakkan hirisan biji durian ke dalam tepung. Tak perlu letak air di dalam tepung.

 

5. Tuang minyak ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas.

 

6. Perlahankan api dan masukkan adunan yang sudah disalut tepung tadi.

 

7. Goreng sehingga keperangan dan garing mengikut kesesuaian kita.

 

8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang!

Jika anda sedang mencari KUALI yang berkualiti pada harga yang rendah, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: AZURA JHAMARY

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

IKLAN