Kerang masak sos tapi rasa kari, memang unik. Inilah yang buat lauk ini tak sempat makan dengan nasi. Buat sekilo boleh habis meratah saja. Bagi yang habis idea untuk menyediakan kerang boleh cuba resipi ini.
1kg kerang segar (direbus dahulu)
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
2–3 biji cili padi (dititik)
2 batang daun kari
1–2 sudu besar serbuk kari ikan
5–6 sudu besar cili kisar
3–4 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk belacan (jika suka)
Serbuk perasa & garam secukupnya
Air masak secukupnya (untuk pekatkan kuah)
Minyak masak secukupnya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, kacau rata dan biarkan rempah masak.
4. Tambah sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.
5. Masukkan kerang rebus, gaul rata. Kalau kuah terlalu kering, masukkan sedikit air.
6. Bila kuah pekat dan sebati, tutup api dan hidangkan panas-panas.
Kredit Resipi & Foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA