Kerang Masak Lemak Pucuk Ubi Cili Api. Bertambah Nasi Masa Berbuka

Share

Ada tanam pucuk ubi kat belakang rumah, kalau ada memang sedap dimasuk dalam lauk kerang masak lemak dengan cili api.Ni lauk tradisi memang senang dibuat.

Jome semak resipi dari Sweety Rose Cafe, yang disumbangkan oleh pemilik kafe ini Mohd Azmi dan Atie. Untunglah rumah yang ada pucuk ubi kat laman belakang rumah Azmi. Yang takde kenalah beli kat pasar tani.

KERANG MASAK LEMAK PUCUK UBI CILI API :

BAHAN-BAHAN :

  • 1kg kerang segar
  • 2 batang serai
  • 2inci halia
  • 2inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili merah dan hijau
  • Perencah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Pucuk ubi secukupnya
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MASAK:
1. Bawang kunyit halia serai dikisar.
2. Tumis bahan-bahan di atas, Masukkan sedikit air.
3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerang.
4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi
5. Siap untuk dihidangkan.

Dari : Azmi & Atie
FB : Mohd Azmi. Pemilik Sweety Rose Cafe

DAN JUGA RESIPI INI :

IKLAN