Kerabu Timun Kelantan Sedap Dimakan Sejuk Waktu Berbuka

Share

Kerabu timun Kelantan sedap dimakan sejuk waktu berbuka. Memang rasa segar bila kita makan. Buatnya tak susah. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Izlyana Ell  ye.  Selamat mencuba.

Kerabu Timun Kelantan

Bahan-Bahan:

Sedikit santan

Cili padi merah (hiris) – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula (jika suka) – boleh beli on;ine di sini

Limau nipis (ambil jus) – boleh beli online di sini

Bahan Tumbuk:

Bawang merah – boleh beli online di sini

Lada hitam – boleh beli online di sini

Kelapa parut goreng

Isi ikan selayang (sardin) yang direbus

Cara Membuat Kerabu Timun Kelantan:

Mula-mula, sagat timun batang dan masukkan dalam satu mangkuk.

Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sekata.

Masukkan pula santan (panaskan sekejap) dan gaul. Perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika suka) dan perahkan asam limau nipis. Tambah ciili padi kalau nak pedas. Gaul sebati. Siap.

Untuk lebih sedap, boleh pelbagaikan lagi bahan. Misalnya tambahkan perut rebus /kerang rebus. Atau gunakan pucuk paku, taugeh dan kacang panjang. Ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN