BAHAN-BAHAN:
  • 300gm tauge | dicelur
  • 1 ikat pucuk paku | dipetik bahagian lembut dan dicelur
  • 6 biji bawang merah | dimayang halus
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 biji jus limau kasturi
  • 200ml santan pekat | dipanaskan sekejap
  • 250ml air
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin dan goreng udang kering sehingga garing. Ketepikan.
2. Campurkan tauge, pucuk paku, udang kering, kerisik, bawang merah, cili padi dan jus limau kasturi. Gaul sehingga sebati.
3. Seimbangkan santan pekat dan air. Gaul lagi sehingga sebati dan perasakan.
4. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.