Kerabu Suhun Ala Thai, Pedas, Masam & Segar!

Share

Kalau sebut kerabu suhun ala Thai, pasti terbayang sajian segar dengan gabungan rasa masam, pedas, masin dan manis yang seimbang. Menu ini juga dikenali sebagai Yum Woon Sen di Thailand, sejenis salad suhun yang penuh dengan rasa dan tekstur menarik.

Paling best, resipi kerabu suhun ini sangat mudah dibuat dan sesuai untuk dihidangkan sebagai pembuka selera, lauk sampingan atau menu sihat untuk makan malam. Dengan campuran suhun, udang segar, sayur rangup dan dressing Thai yang padu, confirm sekali cuba terus jatuh cinta!

Bahan-Bahan Resipi Kerabu Suhun Ala Thai

  • 3 pek kecil suhun (rendam hingga lembut)

  • 15 ekor udang segar (buang kulit & rebus celur sekejap)

  • 100g ayam kisar (goreng tanpa minyak)
  • 1/2 batang carrot (hiris halus / sagat)

  • 1/2 labu bawang holland (hiris nipis)

  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

  • 10 biji tomato ceri (potong dua)

  • 5 biji cili padi merah (tumbuk kasar)

  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)

  • 3 sudu besar sos ikan

  • 3 biji limau nipis (ambil jus)

  • 4 sudu besar gula perang / gula pasir

  • 5 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa/ajinomoto

Cara Masak Kerabu Suhun Ala Thai (Step by Step)

  1. Rendam suhun hingga lembut, kemudian celur sekejap dalam air panas. Toskan.

  2. Sediakan mangkuk besar, campurkan bawang holland, daun ketumbar, cili padi, sos ikan, jus limau nipis dan gula. Kacau hingga sebati.

  3. Masukkan udang, bawang besar, tomato, carrot, daun ketumbar. Gaul rata.

  4. Akhir sekali masukkan suhun, kacau perlahan supaya dressing merata.

  5. Siap untuk dihidang – paling sedap dimakan segar sebaik siap!

Tips Supaya Kerabu Suhun Ala Thai Bertambah Sedap

  • Gunakan sos ikan berkualiti untuk rasa Thai yang asli.

  • Kalau suka lebih pedas, tambah cili padi atau cili kering tumbuk.

  • Untuk variasi, boleh tambah ayam rebus, sotong atau fucuk.

  • Makan terus selepas siap supaya sayur kekal rangup dan segar.

Kenapa Wajib Cuba Resipi Kerabu Suhun Ala Thai?

  • Segar & sihat – banyak sayur dan protein.

  • Cepat disediakan – tak sampai 20 minit dah siap.

  • Rasa lengkap – pedas, masam, masin, manis dalam satu hidangan.

  • Versatil – sesuai untuk menu harian atau jamuan ringan.

Itulah dia resipi kerabu suhun ala Thai yang simple tetapi penuh rasa. Sesuai untuk yang suka makanan segar, ringan tetapi tetap menyelerakan.

Jangan lupa cuba di rumah dan hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja. Confirm sekali cuba, menu sihat ala Thai ini akan jadi kegemaran keluarga!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin