Ads

Kerabu Maggi Yang Simple Tapi Sedap Teruk

 

 

Kerabu maggi ni pernah viral seketika dulu. Namun peminatnya tetap ada sampai sekarang. Lagi-lagi kalau diletak udang sedar yang gemuk-gemuk. RASA berikan resipi kerabu maggi yang sedap dan simple je kalau nak dimasak.

Ads

KERABU MAGGI

Kerabu Maggi Yang Simple Tapi Sedap Teruk

BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato

Ads

BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya

Ads

CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.

Selamat mencuba!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Elak Bau Hanyir, PENTING Bersihkan Darah Beku, Buang Urat Atas Tulang...

Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.