
Kerabu Maggi Thai menggunakan mi segera siam ni memang sedap. Ia mempunyai rasa yang berbeza berbanding jenama mi segera yang lain. Teksturnya yang tidak terlalu kembang dan lembik, menjadikan sajian Kerabu Mi Segera menjadi sangat sedap. Terasa nak buat menu ni di hujung minggu nanti? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurul Huda ni. Sangat mudah dan tentunya memikat selera. Jom cuba!
4 bungkus mi segera siam
2 sudu makan jus limau kasturi
5 sudu makan air gula
10-12 ekor udang
3-4 ekor sotong
3-4 batang sosej
6-7 keping filamen ketam
Kubis – dihiris secukupnya
1 biji bawang holland
3 biji tomato
1 batang lobak merah
Daun ketumbar
4 biji cili padi hijau
1. Celur mi segera hingga lembut. Kemudian celur bahan-bahan lauk dan hiris kecil. Begitu juga dengan bahan sayur. Hiris halus dan sagat.
2. Dalam bekas besar, masukkan rencah mi segera siam bersama dengan jus limau kasturi dan air gula. Kacau biar sebati.
3. Masukkan mi segera yang telah dicelur.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan lauk yang telah dicelur tadi seperti sosej, filamen ketam, udang dan juga sotong.
5. Bagi melengkapkan sajian, tambah hirisan kubis, parutan lobak merah, bawang holland, tomato, cili padi dan daun ketumbar.
6. Gaul semua bahan hingga bercampur rata.
7. Kerabu Mi Segera Siam cara Mak Uda sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Huda
Ramai peminat makanan pedas dan masam mengatakan bahawa Kerabu Maggi Thai mempunyai kombinasi rasa yang sangat seimbang. Mi segera siam yang digunakan dalam resipi ini juga memberikan tekstur yang lebih kenyal dan tidak mudah hancur, menjadikannya sesuai digaul bersama lauk dan sayur segar. Hidangan ini juga sangat fleksibel—anda boleh menambah lebih banyak udang, ketam, atau sayur mengikut cita rasa sendiri.
Sebelum menyediakan Kerabu Maggi Thai, pastikan mi tidak dicelur terlalu lama. Mi yang terlalu lembik akan menyerap kuah kerabu dengan cepat dan menjadikan hidangan kurang menarik. Selain itu, menggunakan jus limau kasturi segar dan cili padi yang ditumbuk kasar boleh meningkatkan aroma dan rasa keseluruhan hidangan. Anda juga boleh menyesuaikan tahap kemanisan atau kemasinan mengikut selera.
Secara ringkasnya, Kerabu Maggi Thai ialah pilihan hidangan mudah yang boleh disediakan pada bila-bila masa, terutamanya apabila inginkan sesuatu yang cepat tetapi tetap memuaskan. Dengan gabungan rasa masam, pedas dan manis, resipi ini pasti memikat sesiapa sahaja yang menikmatinya. Kerabu Mi Segera Siam ini juga antara menu ringkas yang sesuai disediakan untuk keluarga pada hujung minggu atau majlis kecil bersama rakan-rakan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: