Kerabu Kerang Pucuk Paku. Memang Layan!

Share

Pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dipotong dan diadun di dalam kerabu. Satukan semua bahan dengan secukupnya untuk mendapatkan rasa kerabu yang enak.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm pucuk paku | dicelur
  • 50gm tauge | dicelur
  • 100gm isi kerang | direbus
  • 30ml pati santan
  • 1 sudu teh kerisik
  • 1 labu bawang besar | dihiris
  • 4 tangkai cili padi | dikisar halus
  • 2 tangkai cili merah | dikisar halus
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar halus
  • 1 sudu makan serbuk belacan
  • 2 sudu makan jus limau
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam sebuah bekas, satukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk belacan dan jus limau. Gaul rata.
  2. Masukkan kerisik, garam, gula,dan santan. Gaul sebati.
  3. Selepas itu, masukkan pucuk paku, tauge dan kerang. Gaul rata.
  4. Hidangkan dan sedia dinikmati.
IKLAN