Kerabu Jantung Pisang yang letak santan macam ni memang sedap. Pedas-pedas manja, masam dan sangat membuka selera. Kalau tak nak makan dengan nasi, ratah macam tu je pun memang layan habis. Rasanya pula sebijik macam air tangan mak-mak kita dulu. Memang padu dan cukup menyelerakan. Jom cuba resepi mudah ni.
Resipi Kerabu Jantung Pisang Tradisional


Bahan-Bahan
- 1 biji jantung pisang – hiris dan rebus hingga empuk
- 1 biji bawang merah – hiris nipis
- 5 tangkai cili padi – hiris
- 3 ekor ikan sardin – rebus dan ambil isinya
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- 3 biji limau nipis
- 1/2 biji kelapa parut – sangai tanpa minyak dan tumbuk sedikit
Bahan Tumbuk
- 2 biji bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam
Cara Memasak Kerabu Jantung Pisang
- Tumbuk kelapa parut sangai hingga agak halus. Ketepikan terlebih dahulu.
- Tumbuk lada hitam hingga halus. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat serta sebati.
- Masukkan isi ikan sardin ke dalam bahan tumbuk tadi. Tumbuk lagi hingga semuanya bercampur sekata.
- Masukkan santan pekat ke dalam periuk kecil. Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak menggunakan api kecil sehingga santan menjadi sedikit panas dan garam larut. Tidak perlu masak hingga mendidih.
- Masukkan jantung pisang yang telah direbus ke dalam bekas besar. Tambahkan bawang merah hiris, cili padi dan kelapa parut sangai. Gaul rata.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas tadi dan tuangkan santan perlahan-lahan. Gaul sehingga semuanya sebati.
- Akhir sekali, perahkan jus limau nipis mengikut tahap kemasaman yang disukai. Gaul sekali lagi dan siap untuk dinikmati.
Tips Sedapkan Kerabu Jantung Pisang
Untuk rasa lebih lemak dan harum, gunakan santan segar berbanding santan kotak biasa. Selain itu, jangan masak santan terlalu lama supaya rasanya kekal segar dan tidak pecah minyak.
Jantung pisang pula perlu direbus hingga betul-betul empuk supaya teksturnya lebih sedap dimakan. Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi ikut selera masing-masing.
Kerabu ini memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng atau dijadikan menu kampung ketika makan tengah hari. Rasanya yang masam, lemak dan pedas memang buat bertambah nasi.


[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: