Kerabu Jantung Pisang yang letak santan macam ni memang sedap. Pedas-pedas manja, masam dan sangat membuka selera. Kalau tak nak makan dengan nasi, ratah macam tu je pun memang layan habis. Rasanya pula sebijik macam air tangan mak-mak kita dulu. Memang padu dan cukup menyelerakan. Jom cuba resepi mudah ni.
Resipi Kerabu Jantung Pisang Tradisional
Bahan-Bahan
1 biji jantung pisang – hiris dan rebus hingga empuk
1 biji bawang merah – hiris nipis
5 tangkai cili padi – hiris
3 ekor ikan sardin – rebus dan ambil isinya
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
3 biji limau nipis
1/2 biji kelapa parut – sangai tanpa minyak dan tumbuk sedikit
Bahan Tumbuk
2 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Cara Memasak Kerabu Jantung Pisang
Tumbuk kelapa parut sangai hingga agak halus. Ketepikan terlebih dahulu.
Tumbuk lada hitam hingga halus. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat serta sebati.
Masukkan isi ikan sardin ke dalam bahan tumbuk tadi. Tumbuk lagi hingga semuanya bercampur sekata.
Masukkan santan pekat ke dalam periuk kecil. Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak menggunakan api kecil sehingga santan menjadi sedikit panas dan garam larut. Tidak perlu masak hingga mendidih.
Masukkan jantung pisang yang telah direbus ke dalam bekas besar. Tambahkan bawang merah hiris, cili padi dan kelapa parut sangai. Gaul rata.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas tadi dan tuangkan santan perlahan-lahan. Gaul sehingga semuanya sebati.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis mengikut tahap kemasaman yang disukai. Gaul sekali lagi dan siap untuk dinikmati.
Tips Sedapkan Kerabu Jantung Pisang
Untuk rasa lebih lemak dan harum, gunakan santan segar berbanding santan kotak biasa. Selain itu, jangan masak santan terlalu lama supaya rasanya kekal segar dan tidak pecah minyak.
Jantung pisang pula perlu direbus hingga betul-betul empuk supaya teksturnya lebih sedap dimakan. Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi ikut selera masing-masing.
Ads
Kerabu ini memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng atau dijadikan menu kampung ketika makan tengah hari. Rasanya yang masam, lemak dan pedas memang buat bertambah nasi.
Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli, pastinya meggamit kenangan di desa tercinta. Bahan ramuan yang ringkas, jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda.
Pemilik 20 laman cafe, Bariyah Abd Aziz berkongsi resepi yang mempunyai pengaruh kuat sajian dari kampung halamannya Rembau. Negeri Sembilan.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan aroma dan kesedapan yang memikat selera
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ayam masak kicap tidak mudah basi dan tahan lama
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Campur dan gaul, tanpa memasak
Jenis masakan : Sajian pembuka selera dan juga lauk
Keistimewaan : Rasa masam manis dan aroma serai menjadi pembuka selera
INFO CHEF: Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Resipi : Bariyah Abd Aziz
Terima kasih : 20 lamancafe, No 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Semangat merdeka mula terasa, imbauan nostalgia merdeka mula kembali segar diingatan. Pastinya makanan antara yang menjadi ingatan. Ubi kayu, ikan masin dan segala sayur kampung itulah menjadi juadah hidangan makanan tengahari dan malam sebagai lapik perut ala kadarnya,dek kerana kesempitan hidup.
Kesusahan itulah juga menjadikan ramai ibu-ibu zaman awal kemerdekaan kreatif mengadun ramuan apa sahaja bahan di sekeliling rumah dijadikan sayuran atau lauk. Ikan di laut, disungai dan di tali air sawah sebagai juadah paling sedap ketika itu.
Hal ini diakui oleh Chef Sue Arukin, walaupun di zamannya, keperitan hidup tidak dilalui namun cerita ibu tetap menjadi ingatan untuk dititip kepada anak-anaknya generasi digital, serba serbi di hujung jari. Sudah tentulah sebagai chef resipi warisan bondanya turut menjadi kegemarannya dan sering disulam dalam menu harian bila mengidamkannya.
Istimewa untuk anda semua, berikut Chef Sue kongsikan lima resipi istimewa warisan keluarga yang dikatakan beliau cukup mengimbau kenangan zaman awal kemerdekaan bila sanak saudara berkumpul.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK:
KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN;
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memasak menu-menu ‘rare’ dan dulu-dulu memerlukan ketelitian dari segi bahan dan cara-cara menyediakannya. Kebanyakan resipi ini adalah turun-temurun sejak dahulu lagi. Untuk mendapatkan resipi asli dengan bahan-bahan yang tepat, saya telah menghubungi beberapa orang yang pakar dalam masakan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Menurut kakak ipar Chef Sue yang berasal dari Kedah, generasi lama masih lagi mengekalkan menu masakan tradisonal dalam kehidupan seharian mahupun ketika mengadakan kenduri-kendara.
Gulai batang pisang misalnya, sangat sinonim dengan masyarakat kampung di Kedah. Sering dihidangkan ketika kenduri dan menjadi hidangan yang sangat-sangat dinantikan orang ramai. Biasanya batang pisang yang digunakan ialah dari pokok pisang awak namun pada zaman dahulu, ada juga mereka menggunakan batang pokok pisang hutan. Empulur bahagian dalam batang pokok yang bewarna putih dan lembut itulah yang digunakan dalam membuat gulai ini. Selepas dibersihkan empulur pisang tersebut hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak.
Satu lagi contoh ialah kerabu selom beras goreng. Kaedah pembuatannya lebih kurang sama seperti membuat kerabu lain. Bezanya di sini, masyarakat sebelah utara menambah beras goreng tumbuk ke dalam kerabu tersebut. Beras digoreng/sangai tanpa minyak hingga perang. Kemudian ditumbuk atau kisar halus lalu digaul sekali dengan bahan-bahan lain hingga sebati. Bau harum beras sangai itu sungguh menambahkan selera.
GULAI SEPAT MASIN DAN NANGKA MUDA TUMIS DARAT
Bahan-bahan:
4-5 ekor ikan masin sepat – potong, rendam dan toskan
400ml santan
300gram nangka muda – potong kecil & rebus empuk
2 biji cili hijau – belah dua
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan rempah kari ikan
1 labu bawang besar – kisar halus
4 ulas bawang putih – kisar halus
Minyak dan air secukupnya
Garam dan gula
Bahan-bahan tumis:
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
½ sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak: Reneh & tumis
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Hidangan lengkap ada sayur dan ikan masin
Anggaran kos: RM15 untuk 4 orang makan
Info chef: nangka muda dipotong kecil, bersihkan dan hilangkan getah yang ada. Rebus dulu sehingga empuk lebih kurang setengah jam.
GULAI DAGING BATANG PISANG
Bahan-bahan :
600gram daging lembu – potong kecil
1 mangkuk batang pisang (empulur/bahagian dalam batang pisang) – potong kecil dan rebus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
2 biji tomato – cincang kasar
3 labu bawang besar – mayang halus
10 ulas bawang merah – kisar halus
5 ulas bawang putih – kisar halus
3sm halia – kisar halus
5 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan kerisek
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
Cara memasak:
Waktu memasak :45 minit
Cara memasak: Tumis & reneh
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Batang pisang yang lembut sangat sesuai dimasak dengan daging
Anggaran kos:RM15 untuk 4 org
Info chef: empulur pisang hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak.
MASAK TEMPOYAK TAUGEH KASAR
Bahan-bahan:
2-3 cawan air
200gram taugeh kasar – bersihkan
4 ekor ikan selar sederhana besar
4 sudu makan tempoyak
Segenggam daun kesum
1 kuntum bunga kantan – belah dua
1 batang serai – ketuk
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
10 biji cilipadi
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Cara memasak:
Waktu memasak:25 minit
Cara memasak: Rebus
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Taugeh kasar yang jadi ‘star’ selain tempoyak
Anggaran kos:RM10 utk 4 org
Info chef: Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4 sudu makan rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan kerisek
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping/gelugur
1 tangkai daun kari
Garam dan gula perang secukup rasa
Bahan-bahan B (kisar):
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3sm halia
Bahan-bahan C (tumis):
1 labu bawang besar merah – mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara memasak:
Waktu memasak: 40-45 minit
Cara memasak: Tumis & reneh
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Rasa manis betik mengkal memberi kelainan dalam masakan
Anggaran kos:RM15 utk 4 org
Info chef: buah betik sangat praktikal sebagai bahan pelembut daging ayam kampung yang liat.
KERABU DAUN SELOM BERAS TUMBUK
Bahan-bahan:
1 mangkuk besar daun selom – hiris halus
1 biji kelapa parut – sangai & tumbuk kasar
½ cawan beras – sangai perang & tumbuk halus
3 biji cili merah
5 bij cilipadi
3 ulas bawang merah – bakar
2 ulas bawang putih – bakar
1 inci belacan – bakar
Perahan limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
Waktu memasak: 15-20 minit
Cara memasak: Mentah & sangai
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Bau wangi beras goreng/sangai memberi kelainan
Anggaran kos:RM8 utk 4 org
Info chef: Beras digoreng/sangai tanpa minyak hingga perang. Kemudian ditumbuk atau kisar halus lalu digaul sekali dengan bahan-bahan lain hingga sebati.
NASI ULAM UTARA
Bahan- bahan A;
4 cawan nasi – sejukkan sedikit dan biar berderai
1 cawan kelapa yang telah disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu makan kerisek
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
2 batang serai muda
1 inci lengkuas muda
1 inci halia
10 biji lada hitam
5 biji cili padi
Seketul kecil ikan kurau/talang masin (yang telah digoreng)
Bahan-bahan C (Ulam):
Daun kaduk
Daun cekur
Pucuk tenggek burung
Daun limau purut
Daun sekentut
Pucuk gajus
Ulam raja
Pegaga
Daun selom
Pucuk mengkudu
Pucuk putat
Pucuk daun kari
Pucuk samak
1 batang bunga kantan
1 biji timun
1 labu bawang besar
Cara memasak:
*Nota; pucuk-pucuk dan ulam-ulaman boleh ditambah lagi dan dipelbagaikan.
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Mentah & tanak
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Hidangan lengkap ada sayur, ikan masin & nasi
Anggaran kos: RM15 untuk 4 orang makan
Info chef: ulam kalau terlalu banyak , jangan letak semuanya. Letak agak-agak je, dikhuatiri jika terlalu banyak nasi akan pahit.
NASI LEMUNI
Bahan-bahan:
3 cawan beras – basuh dan tos
3 cawan santan pekat
1 cawan air segenggam daun lemuni – kisar & tapis airnya
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3sm halia – mayang halus
1 sudu teh garam
½ sudu teh halba
Sehelai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
Waktu memasak: 20-30 minit
Cara memasak: Rebus
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Bau harum dari daun Lemuni dan rasa lemak dari santan.
Anggaran kos: RM8 untuk 4 orang makan
Info chef: Bila masak nasi kacau dengan senduk batang lemuni khasiat dari batang tersebut akan masuk ke dalam nasi.
NASI KACANG DHAL PENANG
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi
3 cawan air
40 gram kacang dhal
1 labu bawang besar – mayang halus
3 ulas bawang putih – kisar
3sm halia – kisar
2-3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan tomato puri
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 helai daun salam kering
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng & daun pudina – untuk hiasan
Bahan-bahan B (tumis):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
Cara memasak:
Masa memasak: 30-40 minit
Cara memasak: tumis & rebus
Jenis masakan: hidangan utama
Keistimewaan: rasa kacang dhal dalam setiap gigitan dan harum bau mentega/minyak sapi
Anggaran kos: RM10 untuk 4 orang makan
Info chef: nasi kacang dhal enak dimakan dengan apa saja terutama sambal tumis