Sejak jam 10 pagi, Dataran Kemerdekaan Shah Alam sudah mulai sibuk dengan aktiviti gotong-royong untuk memasak 20 periuk bubur lambuk. Team RASA, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan dari beberapa universiti berkumpul untuk menjayakan majlis RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor pada 25 Mei 2019.
MASAK SECARA GOTONG-ROYONG
Program ini adalah bertujuan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan lagi semangat kerjasama serta penyatuan masyarakat Shah Alam dan Selangor amnya tanpa mengira pangkat dan usia serta rumpun bangsa.
Bubur lambuk yang siap dimasak telah diagihkan secara percuma kepada orang ramai, pasukan beruniform dan masjid-masjid sekitar Shah Alam bermula jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang.
Istimewanya bubur lambuk yang dimasak ini adalah kerana RASA menggunakan minyak masak Saji dan gantian minyak sapi Adella. Harum bauan ketika menumis bawang memang sangat menarik perhatian. Apatah lagi apabila diperasakan dengan serbuk lada hitam Aji-Shio dan juga krim cendawan daripada Campbells. Inilah rahsia keenakan bubur lambuk yang dikongsi bersama.
Program gotong royong ini berjalan lancar dengan sokongan daripada penaja-penaja seperti Campbell, Adela, Tourism Selangor dan Aji-Shio serta kerjasama daripada pihak Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara Selangor, Politeknik Sabak Bernam, Kolej Damansara Utama dan Radio Zayyan.
Ads
Turut hadir Ketua Pengarah JAIS, S.S. Dato’ Haris Bin Kasim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohd Fahim, Pengerusi FGV, Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu & Warisan (Padat), Y.Bhg Dato’ Paiman Bin Keromo dan Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Y. Brs Mohammad Zaim bin Mohammad Nashir, Ketua Komunikasi Korporat Aji-Shio, Cindy Chan, Penolong Pengurus Jenama, Mariah Omar.
Gotong royong juga turut disertai oleh Chef Selebiriti, Chef Zam dan Chef Imelda, Hero Remaja serta Dewi Remaja. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan YB. Datuk Rashid Bin Asari.
Ads
PELANCARAN MAJALAH RASA EDISI KHAS SYAWAL
Turut diadakan adalah majlis pelancaran Edisi Khas Lebaran Majalah RASA. Menampilkan pelbagai resipi enak untuk menjamu selera tetamu yang datang pada Syawal ini, bolehlah anda dapatkan majalah RASA yang istimewa pada kali ini.
Ads
Turut ada penyampaian sumbangan daripada pihak FGV kepada tiga badan kebajikan.
Mengulas mengenai projek RASA BUBUR LAMBUK MEGA ini, Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz berkata, Projek ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk selain sebagai satu usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sesama masyarakat melalui aktiviti gotong-royong khususnya dalam bulan yang mulia Ramadan.
Majalah Rasa merupakan Jenama Masakan No.1 yang telah 18 tahun di pasaran, yang kini bukan sahaja unggul sebagai majalah malah juga sebagai Portal No.1 Dunia Masakan yang menjadi rujukan utama pelayar-pelayar media sosial.
Bagi mengikuti info lanjut mengenai Majalah Rasa, layari laman web www.rasa.my, Facebook @majalahrasa dan Instagram @majalahrasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
COVID-19 memberi kesan terhadap penduduk dunia. Kes yang semakin meningkat setiap hari menyebabkan kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini18 hingga 31 Mac dalam usaha mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Keadaan ini boleh dikatakan antara yang pertama kali dihadapi oleh rakyat dan tentunya mencetuskan panik. Malah ada juga yang kurang jelas mengenai tindakan yang harus dilakukan dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini.
Hari ini menerusi ‘posting’ di laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan mengenai soalan lazim mengenai rawatan pergigian ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Moga ia boleh membantu rakyat dalam membuat keputusan serta tindakan terbaik. Maklumlah, sakit gigi ni bukan perkara main-main. Bila datang berdenyut, nak tidur malam pun tak lena kan?
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
RASA BUBUR LAMBUK WARISAN DI MALAYSIA
Untuk tahun yang kelima, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Istimewa Bubur Lambuk tahun ini, Rasa bakal menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. Wow bestnya!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Sebentar tadi menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran yang boleh dinikmati oleh rakyat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 Mac yang lalu.
Kerajaan akan membuka semula hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dengan kawalan serta menguatkuasakan standard operasi (SOP) yang ketat.
Salah satu kelonggaran yang pastinya melegakan ramai adalah Perdana Menteri mengumumkan pengusaha restoran, kedai-kedai dan gerai dan trak makanan boleh kembali beroperasi mulai 4 Mei ini namun dengan bersyarat.
Pengusaha- pengusaha restoran dikehendaki mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi peraturan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan.
“Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi dan membeli stok barang-barang mentah,” katanya sempena Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen di sini hari ini.
Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Muhyiddin mengingatkan agar meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja yang lain.
“Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
“Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.
“Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan,” katanya.
Walaubagaimanapun, majlis-majlis seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai dan sebarang bentuk perhimpunan yang melibatkan ramai orang adalah tidak dibenarkan.
gambar hiasan
Perjalanan rentas sempadan juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung masa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!