Kemas & Terletak Cantik, Mr Ali Kongsi Cara Buat Puding 3 Layer

Share

Resipi puding, antara yang senang untuk dibuat dan tak memerlukan banyak bahan. Namun bagi Muhammad Ali, perkongsian resipi puding 3 layer ini, sangat cantik dan kemas.

Menunjukkan 3 lapisan berbeza warna dan rasa, langkah-langkah menghasilkan puding ini sangat mudah dan simple.

 

PUDING 3 LAYER

BAHAN LAYER PERTAMA:

*guna loyang 8 inci

8gm agar-agar tali – beli online di sini
3 cawan air (anggaran 750ml)
150gm susu segar (untuk dapat kesan putih pada layer pertama) – beli online di sini
60gm gula – beli online di sini
Oreo crumbs (optional)

TONTON Macaron Teh Tarik

BAHAN LAYER KEDUA:

8gm agar-agar tali
3 cawan air (anggaran 750ml)


130gm susu cair – beli online di sini
40gm gula
50gm cadbury
1 sudu makan serbuk koko

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

BAHAN LAYER KETIGA:

8gm agar-agar tali
3 cawan air (anggaran 750ml)
100gm susu cair
3 sudu makan serbuk koko
150gm dark chocolate

CARA-CARA:

1. LAYER PERTAMA: Letakkan 3 cawan air + 8gm agar-agar tali. Api sederhana. Biarkan mendidih.


2. Dah mendidih masukkan, 150gm susu segar + 60 gula. Dah mendidih, tutup api.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan oreo crumbs bila puding dah suam-suam sikit (optional). Terpulang nak masukkan berapa banyak. Dalam resipi ni, oreo memang tak nampak di bahagian tepi. Tapi nampak di bahagian bawah. Boleh rujuk gambar.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Sebab saya nak bagi putih tu nampak kosong, baru cantik dan ngam masuk dengan layer-layer di atas. Kalau nak nampak oreo pada layer, ambil biskut oreo patah-patah kecil dan masukkan masa puding dah hampir keras. Maksudnya dia baru separuh keras.


5. Dah masukkan dalam layer pertama. Setkan suhu bilik. Jangan risau dia akan set sementara kita buat layer seterusnya.
6. LAYER KEDUA: Masukkan 3 cawan air + 8gm agar-agar tali.
7. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukkan 130gm susu cair + 40gm gula + 50gm cadbury + 1 sudu makan serbuk koko.


8. Kacau dan biarkan mendidih. Dah mendidih off api dan masukkan perlahan-lahan ke atas layer pertama yang dah set tadi. Biarkan ia set suhu bilik sementara buat layer terakhir.


9. LAYER KETIGA: Masukkan 3 cawan air + 8gm agar-agar tali. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukkan 130gm susu cair + 40gm gula + 3 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.


10. Dah sebati, masukkan 150gm dark chocolate. Bila dan mendidih tutup api. Masukkan perlahan-lahan ke atas layer kedua tadi.


11. Setkan 40 minit suhu bilik, baru masukan dalam peti selama 3-4 jam. Dah siap, boleh deco ikut kreativiti masing-masing. Saya tabur serbuk koko baru cantik.

Kredit resipi: Muhammad Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN