Mengikut pakar pemakanan beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih. Bagi pesakit diabetes kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Beras perang juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat beras perang ni? Jom semak info.
1. TINGGI KANDUNGAN SELENIUM
foto: www. eating well.com
Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.
2. KAYA DENGAN MANGAN
Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.
3. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN
foto: www.hawaiipacifichealth.org
Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.
4. ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL
Ads
foto: www.hungrymate.com.au
Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.
5. KAYA ANTI-OKSIDAN
Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. TINGGI KANDUNGAN FIBER
Ads
foto: www.pritikin.com
Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.
7. MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA
Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.
8. SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI
foto: ganga-sreekanth.blogspot.my
Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.
Ads
9. ELAK JANGKITAN ‘CANDIDA YEAST’
foto: wikipedia.org
Apa itu candida yeast? Ia adalah fungus atau sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus anda. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini. – FARIDAH TALIB
Masalah rambut gugur semestinya menghantui wanita. Buka sahaja tudung, pasti ada helaian yang jatuh ke lantai. Lama kelamaan naik rimas dibuatnya. Kadang-kala rambut gugur ni termasuk ke dalam masakan yang kita masak. Haih..bayangkan kalau masa tu masak untuk tetamu. Malunya!
Menurut pakar, masalah rambut gugur ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, folikel rambut tersekat, kekurangan zat dan vitamin, anemia, perubahan hormon, faktor genetik, melahirkan anak dan banyak lagi.
Untuk mengatasinya, ada pelbagai cara serta langkah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah menerusi pengambilan makanan yang berkhasiat serta bagus untuk rambut. Pengambilan sumber-sumber makanan ini boleh membantu menguatkan akar dan struktur rambut serta menjadikannya lebih cantik. Sangat sesuai diamalkan oleh wanita-wanita yang berhijab.
MAKANAN UNTUK RAMBUT YANG KUAT & SIHAT
1. SALMON
Salmon adalah sumber makanan terbaik untuk rambut. Ia mengandungi protein dan Vitamin D. Malah salmon juga ada asid lemak omega-3 yang bagus untuk menyihatkan kulit kepala, menyuburkan serta melembapkan rambut.
2. YOGURT
foto: healthyfoodbuzz.wordpress.com
Yogurt tinggi kandungan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel akar rambut. Malah ia turut mengandungi Vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.
3. DAGING
foto: onedaycart.com
Jika anda tiada masalah kesihatan, pengambilan daging juga boleh membantu membekalkan sumber protein untuk rambut. Malah ia juga mengandungi Vitamin B, zat besi, zink dan sumber mineral lain yang bagus untuk tubuh.
4. SAYURAN HIJAU
Aneka sayuran hijau seperti bayam, salad, sawi, brokoli dan lain-lain berupaya membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ini kerana sayuran hijau kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.
5. LOBAK MERAH
Selain bagus untuk mata, lobak merah juga memberikan manfaat kepada rambut. Ia mengandungi Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dimana ia membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala.
6. TELUR
foto: homenaturalcures.com
Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur. Biotin juga membantu menguatkan kuku agar tidak rapuh.
7. TIRAM
foto: manettas.com.au
Tiram merupakan makanan tinggi zink. Salah satu faktor masalah rambut gugur adalah akibat kekurangan zink. Sumber ini sangat penting dalam pembinaan sel-sel badan termasuklah rambut. Oleh itu amalkan pengambilan tiram untuk menguatkan rambut.
8. UBI KELEDEK
foto: thespruce.com
Murah tapi banyak manfaat. Keledek kaya dengan beta-carotene yang membantu mengelakkan rambut kusam dan mengalakkan peredaran oksigen pada folikel rambut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bertempat di kampus KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Majlis Makanan Laut Norway memperkenalkan Akademi Sushi Global dengan matlamat memberi kemahiran membuat sushi.
Latihan dikendalikan oleh sifu sushi terkenal iaitu Hirotosshi Ogawa dari Jepun, latihan tersebut bertujuan mendidik para chef sushi mengenai seni tradisi pembuatan sushi dan pengendalian makanan laut mentah dengan bersih.
Kira-kira 30 orang chef sushi sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja mengambil bahagian dalam latihan tersebut. Latihan bukan hanya sekadar membuat sushi semata, ia meliputi keselamatan makanan dan kebersihan dalam pembuatan sushi serta pengendalian makanan laut, seni membuat nasi sushi, kemahirana trknikal untuk sashimi dan sushi, sejarah edomae sushi, Houchoutogi (penjagaan pisau Jepun), pembuatan sushi dan seni penyajian sushi.
Pada hari tersebut juga pihak media diberi peluang melalui pengalaman membuat sushi dengan tunjuk ajar oleh dia orang chef sushi Malaysia yang mendapat latihan di Akademi Sushi Global yang bertempat di Jepun. Kedua-dua chef telahpun memenangi Piala Dunia Sushi. Mereka ialah Chef Leon atau Yap Wee Leong (Juara Piala Sushi 2019) dan Chef Sky atau Tai Koon Siang (Piala Dunia 2018).
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan. Korang kena buat beberapa perkara berikut;
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan bahan kering dengan bahan basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, menega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!