Kek Yang Tak Jemu Dimakan, Resipi Mudah Kek Oren Lembut & Sedap

Share

Kek Oren, antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang. Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah.

Cepat siap dan mudah untuk disediakan, inilah resipi yang dikongsikan Noriza Awang Hamat.

Sesuai juga buat mereka yang nak buat meniaga secara kecil-kecilan.

 

KEK OREN

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur gred A


2 cawan tepung kek – beli online di sini
½ sudu kecil baking powder – beli online di sini
¾ cawan gula pasir – beli online di sini
1 biji oren (ambil airnya)
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan oren tadi, jadikan ½ cawan)
1 cawan minyak – beli online di sini
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning

Dapatkan Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur dengan gula sampai kembang putih.


2. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick dan garam, masukkan minyak. Pukul sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul secara perlahan saja.


4. Bila dah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit planta dan dilapik kertas.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 1 jam, guna api atas bawah.


6. Saya guna loyang 8×8, jadi saya gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.

Kredit resipi: Noriza Awang Hamat

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN