Kek Vanila Topping Durian, Sekali Makan Gerenti Nak Lagi

Share

Kalau korang penggemar durian wajib buat kek ni. Gebu dan syahdu bila nikmatinya. Kombinasi kek vanila plain dicampur dengan krim dan rasa isi durian fresh, makan pun rasa feeling dan tak muak.

Kek Vanila Topping Durian

Bahan-bahan:
10 biji telur
2 cawan gula
1 sudu besar ovalate-beli online di sini
1 sudu besar esen creamy vanila
3 cawan tepung gandum +1/2 sudu besar baking powder(ayak 2 kali)-beli online di sini


satukan semua dalam bowl mixer

Cara membuat:

Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

1.On mixer slow sampai tak nampak tepung putih-putih.

2.Bila dah tak nampak tepung, lajukan mixer.

3.Bila colour kuning pekat bertukar kuning tak pekat.

4.Masukkan 1/4 cawan susu full cream.

5.Teruskan hight speed sampai gebu.

6.Macam ni gebu putih.

7.Perlahankan mixer,masukkan minyak 1/2 cawan bila dah habis semua minyak. Masukkan, lajukan dalam 1-2 saat,ok dah siap.

8.Masukkan dalam bekas. Kalau bekas macam ni dapat 12 bekas,isi 1/4 wrap permukaan kek dan kukus 15-17 minit ni kalau api dapur besar ya.

Bahan-bahan topping:
1kg cream cheese untuk 12-13 bekas(kalau korang nak buat 500g bahagikan)


3/4 tin susu pekat-beli online di sini
2 cawan whipping dairy
1 1/2 cawan susu full cream
1 senduk isi durian

Cara membuat:

1.Blender sebati.

2.Asingkan sikit 1 mangkuk, letak pewarna kuning lemon
kacau.
3.Topping kek macam biasa, hias ikut korang cuma tengah kek letak lagi isi durian 1 sudu besar bagi lagi sedap menikmati durian tu.

Kredit: Azlina Ina Fans

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN