Kek Teh Tarik Buat Kudap-Kudap Minum Malam, Penggemar Teh Tarik Mesti Suka

Share

Kalau biasa kita minum teh tarik bukan? Kali ini kita makan Kek Teh Tarik pula. Bahan utama Kek Teh Tarik ini tentulah teh tarik. Boleh dikatakan kek Teh Tarik ini paling senang dan cepat nak dimasak. Jom kita cuba buat resipi kek Teh Tarik yang dikongsikan oleh Shanaszaisy ini.

RESIPI KEK TEH TARIK

BAHAN-BAHAN:

250 gm butter @ majerin –BELI ONLINE
150 gm gula (tak suka manis kurangkan gula) –BELI ONLINE
1 cawan teh tarik
4 biji telur (asingkan kuning dan putih)
1 penutup esen vanila –BELI ONLINE
50 gm gula untuk putih telur

CARA MEMBUAT:

1. Sebatikan (mix) putih telur sampai bertanduk. Mix slow. Apabila sudah gebu, tuang gula 50 gm sedikit demi sedikit.
Agak-agak kita terbalikkan mangkuk, telur putih tak jatuh.

2. Mix butter dan gula hingga kembang.

3. Apabila sudah kembang, masukkan telur dan teh tarik.

4. Mix lagi sampai sebati. Slow mix letak tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali boleh kaup sedikit demi sedikit

5. Putih telur kaup tiga kali jangan sampai ada putih. Nanti kek akan mendap. Buat sehingga habis.

 

6. Panaskan oven sehingga suhu 160C. Sedia untuk dibakar selama 30 minit (ikut oven masing-masing). Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Shanaszaisy

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN