Kek Tampung Seribu, Kek Lapis Sarawak Penuh Rasa Coklat Dan Keju

Share

Kek Tampung Seribu. Salah satu kek lapis Sarawak yang teramat sedap. Ada rasa coklat dan keju. Dapat bayangkan betapa sedapnya kek ni kan? 

Uniknya kek ini, kena campurkan dengan kek-kek lain juga. Kalau tak ada lebihan kek lain yang sedia ada,  boleh gunakan adunan untuk menukar warna dalam kek.Tapi adunan akan nampak kecil dan boleh gunakan loyang 7×7′. Namun Puan Roby sarankan kek ini hanya sesuai untuk yang ada kek lain yang sedia ada dalam 500gram agar kek nampak besar dan tinggi.

Menarik kan? Teringin nak cuba? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roby Daud ini. Kek ini kurang manis sebab puan itu dah kurangkan kuantiti gula. Cuba tau!

Kek Tampung Seribu

Bahan-Bahan:

500gm mentega – boleh beli online di sini

10 biji telur

250gm susu manis – boleh beli online di sini

1tin kaya (saiz sederhana)

75gm gula halus – boleh beli online di sini

250gm tepung pau

1 sudu kecil ovelet – boleh beli online di sini

1 sudu teh esen vanilla – boleh beli online di sini

250gm Holick

500gm saki baki kek lain

1sudu kecil pemutih

Sedikit keju parut (pilihan tapi lagi sedap) – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Mula-mula, mentega dan gula dipukul hingga kembang. Setelah itu, masukkan telur. Pukul hingga sebati.

Setelah itu, masukkan susu dan kaya, pukul hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung pau, Holick, serbuk pemutih dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.

Lapisan pertama bakar guna api bawah dan atas, menggunakan suhu 150C dalam 15-20 minit.. Bila dah masak lapisan pertama, guna api atas sahaja untuk lapisan yang seterusnya dan bakar sehingga lapisan terakhir. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye.

Untuk resipi ini, digunakan loyang berukuran 9×9″. Selamat mencuba

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN