
Kek span pandan sememangnya antara kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Aroma pandan yang harum, warna hijau yang memikat serta tekstur kek yang lembut gebu menjadikannya kegemaran ramai, tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kalau sekali cuba, memang susah nak berhenti makan!
Lebih menarik, kek span pandan sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan bahan-bahan yang ringkas dan teknik yang betul, anda juga boleh hasilkan kek yang lembut, naik cantik dan tidak bantat. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga, atau nak buat untuk majlis kecil-kecilan dan sedekah pada jiran pun memang ‘on point’.
Dalam artikel ini, kita bongkar rahsia untuk mendapatkan kek span pandan yang gebu, ringan dan sedap seperti yang dikongsikan oleh saudari Hidayah Fareez.
Salah satu sebab utama kek ini popular adalah kerana teksturnya yang ringan dan tidak terlalu padat. Ia juga tidak terlalu manis, sesuai dengan citarasa kebanyakan rakyat Malaysia. Tambahan pula, penggunaan pandan memberi aroma semula jadi yang sangat menyelerakan.
Kek ini juga versatil. Boleh dimakan begitu sahaja, atau dihias dengan krim, kelapa parut, atau topping kegemaran lain.
Nak hasilkan kek span pandan yang sempurna, ada beberapa tip penting yang ramai terlepas pandang:
Ini membantu adunan lebih cepat kembang dan menghasilkan tekstur kek yang lebih lembut.
Teknik kaup balik sangat penting untuk mengekalkan udara dalam adunan. Kalau terlebih kacau, kek boleh jadi padat.
Tepung jenis ini lebih ringan berbanding tepung gandum biasa, menjadikan kek lebih gebu.
Masukkan kek dalam oven yang sudah panas untuk memastikan kek naik dengan sempurna.
Ini boleh menyebabkan kek mendap di tengah.
Kalau anda nak buat dalam kuantiti lebih kecil, boleh ikut sukatan ini:
Kurangkan juga ovalette dan minyak kepada separuh. Bakar selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
Nak lagi menarik, anda boleh cuba beberapa variasi seperti:
Kek span pandan ini juga sesuai dijadikan kek hari jadi versi klasik atau hidangan untuk majlis santai.
Sebenarnya, rahsia kek span pandan yang lembut gebu bukanlah pada bahan yang mahal, tetapi pada teknik dan cara penyediaannya. Dengan sedikit perhatian pada detail seperti cara pukul adunan dan suhu oven, anda juga boleh hasilkan kek yang setanding dengan bakeri.
Jadi, kalau anda sedang mencari resipi kek yang mudah, sedap dan menjadi, kek span pandan ini memang wajib cuba. Sekali buat, confirm akan jadi kegemaran keluarga!
Dapatkan lebih banyak resipi KEK yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: