Kek New York Cheese Ala Secret Recipe, Buat Sendiri Lagi Jimat

Share

Kek New York Cheese ala Secret recipe, buat sendiri memang jauh menjimatkan daripada beli di kedai.

Antara kek yang digemari ramai ialah kek New York Cheese Cake Secret Recipe. Peh! Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi penggemar cheese, boleh tak tidur malam dibuatnya!

Tapi, biasanya, kalau beli di kedai bakeri berjenama itu, harganya agak mahal. Sebaliknya, kalau buat sendiri, lagi menjimatkan. Bolehlah makan puas-puas bersama keluarga.

Resipi untuk Kek New York Cheese ala secret resipi ini dikongsikan oleh puan Azura

 

Memang tak rugi mencuba. Sangat sedap!

Resipi Kek New York Cheese Ala Secret Recipe

Bahan-bahan:

500 gram Cream cheese (*) – boleh beli online di sini

Biskut digestive

500 gram Sour cream (*)

Mentega buttercup (*) – guna separuh

4 sudu besar gula halus (*) 

 2 biji telur (*)

4 sudu besar tepung gandum (*) – boleh beli online di sini

 ½ biji lemon – parut kulit dan perah ambil jus (*)

Buah blueberi untuk topping

1 sudu kecil esen vanilla (*) – boleh beli online di sini

CARA MEMBUAT:

Hancurkan biskut digestive sampai lumat kemudian ratakan di dalam loyang bersama butter yang dah cair siap.  Masukkan di dalam peti ais supaya ia keras. Ketepikan.

Gunakan Mix hand untuk semua bahan yang bertanda (*) sampai kembang cantik.

Kemudian masukkan bahan yang dah sebati ke dalam loyang. Dalam masa yang sama, panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celsius.

Masukkan Loyang ke dalam oven dan sedia untuk bakar kek sehingga 1 jam 20 minit. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.

Akhir sekali, barulah letak blueberi sebagai topping di bahagian atasnya. Siap!! Jangan tak cuba tau!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN