Kek Marble Susu, Bakar Guna Air Fryer

Share

Kek marble susu memang sedap. Ada rasa lemak manisnya. Sesuai dimakan bila-bila masa saja. Buat sebagai pemanis mulut selepas berbuka puasa juga sesuai.

Selain itu, sudah tentunya boleh dijadikan salah satu juadah di hari raya. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini. Sedap dan taklah susah nak memasaknya. Wangi semerbak baunya ketika dibakar.

Kek Marble Susu

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum (ayak) – boleh beli online di sini

1 sudu kecil baking powder (ayak) – boleh beli online di sini

3/4 cawan gula – boleh beli online di sini

1 cawan marjerin/planta/butter – boleh beli online di sini

3 biji telur

3 sudu besar susu pekat

1 sudu besar serbuk koko – boleh beli online di sini

Sedikit esen vanilla – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Masukkan gula dan marjerin ke dalam mixer, putar sehingga kembang dan berkrim.

Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan baking powder. Seterusnya masukkan sedikit esen vanila dan susu pekat.

Asingkan kepada dua bahagian 1 putih dan 1 koko. Sediakan loyang size 6 inci. Masukkan secara berselang-seli.

Panaskan air fryer (boleh beli online di sini) dengan suhu 170 dalam masa 40 – 50 minit. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN