Kek Marble Nestum, Memang Enak Ada Bijirin

Share

Kek marble ni memang sedap padu bila ditambah bijirin Nestum. Letakkan minyak jagung jadi moist, lembut dan enak.

Warna apa pun boleh, ni resipi dari Farisha Sofea ni boleh dicuba. Bahan pun taklah rumit dan banyak.

💓 KEK MARBLE NESTUM 💓

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
5 biji telur gred A


1 sudu teh k esen vanilla
1 sudu besar ovallete
50gm susu penuh krim
130gm gula halus

Bahan B :
170gm tepung naik sendiri ( diayak )
2 paket kecil nestum original

Bahan C :
100gm minyak jagung

Bahan Lain :
pewarna pilihan

CARA MEMASAK :

1. Satukan ke semua Bahan A dan pukul sehingga kembang .


2. Masukkan Bahan B dan kacau rata .


3. Masukkan pula Bahan C dan kaup balik sehingga sebati .


4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .


5. Tuangkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yang telah digris ( sy guna loyang bulat 7″ ) .


6. Ulang sehingga habis .
7. Lorekkan adunan jika suka .
8. Panaskan oven , hentakkan sedikit loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
9. Sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan .


10. Kemudian terlangkupkan semula .
11. Sejukkan sebelum dipotong . Siap,sedia dihidang 💓

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :

 

IKLAN