Kek Lumut Keju Super Sedap Dan Tak Muak

Share

Kek lumut keju ini memang super sedap dan tak rasa muak memakannya. Sekarang ini dah masuk penghujung bulan Syawal dan ramai yang mengadakan rumah terbuka sama ada pejabat atau sekolah anak-anak.

Bolehlah buat kek ini untuk majlis pejabat atau sekolah. Kalau nak tempah, harganya boleh tahan mahal. Bila buat sendiri lebih menjimatkan. Selain itu, boleh adjust ikut selera kita. Contoh kalau nak kurang manis, boleh kurangkan gula.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Vivian Lenti

ini ye.

Kek Lumut Keju

Bahan-Bahan:

450 gram mentega – boleh beli online di sini

10 biji telur

2 gelas Nestum (kisar) – boleh beli online di sini

1 gelas tepung gandum (resipi ini guna tepung superfine) – boleh beli online di sini

Setin kecil susu pekat – boleh beli online di sini

1 tin seri kaya

1/2 gelas gula halus – boleh beli online di sini

200 gram Horlick

50ml pes pandan – boleh beli online di sini

Sedikit pewarna hijau (pilihan)

Untuk Lapisan Keju:

450 gram cream cheese – boleh beli online di sini

1 gelas gula halus – boleh beli online di sini

2 biji telur

1 sudu tepung gandum – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Mula-mula, pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu per satu, diikuti susu pekat, Horlick, Nestum dan tepung. Gaul sekata.

Tambah pes pandan dan perwarna hijau (tak nak letak prwna hijau pun tak apa)

Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian (untuk lapis atas dan bawah).

Untuk sediakan keju, campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang.

Masukkan adunan kek ke dalam bekas dan kukus adunan lumut untuk ahagian bawah selama 1jam. Kemudian kukus bahagian tengah keju dalam 1 jam juga.

Akhir sekali, kukus lagi adunan lumut bahagian bawah selama 2 jam. Guna loyang bersaiz. 9×9. Ada orang kukus selapis 1 1/2 jam pun boleh.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN