Masa mula semak resipi ni, terkejut juga tanpa tepung, tanpa telur, mentega dan oven. Biar betul , bahan-bahannya dilumatkan dan dikukus. Dahlah mudah resipinya jimat ramuan dengan kos paling murah
Sesuai sangat dibuat masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, resipi jimat bahan dapur.
Resipi perkongsian Fatin Damia di laman facebooknya memang cukup menarik. Yang penting sedap dimakan, dengan belanja yang sangat minima. Jom tengok cuba…
KEK LAPIS OREO DENGAN BISKUT CRACKERS
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan Oreo : 2 bungkus Oreo 250ml susu penuh krim
Bahan lapisan Crackers :
Ads
250gm biskut cream crackers 250ml susu penuh krim
CARA MEMBUAT : 1. Dalam satu bekas hancur dan lumatkan biskut Oreo dan gaulkan dengan susu penuh krim. 2. Dalam satu bekas lagi hancur dan lumatkan biskut Cream Cracker dengan susu. 3. Buat lapisan demi lapisan, setiap lapisan kukus lima minit 4. Sejukkan sebelum dipotong
Mungkin ada yang suka makan puding karamel tapi kerana ada telur kurang menggemarinya. Bau telur yang kuat membuat kurang selera nak menikmatinya. Nah boleh cuba resipi membuat puding karamel tanpa telur dan tanpa kukus ni. Sesuai juga untuk mereka yang alergi telur dan yang tiada pengukus.Tip agar elok kejadiannya, pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil. Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.
2.Kemudian masukkan ke dalam loyang.
3.Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.
4.Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
5.Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.
6.Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong. Sedia untuk dihidang.
Daun ketumbar merupakan salah satu tanaman yang berbau harum atau sebagai penyedap yang dapat dimanfaatkan dalam menambah cita rasa masakan. Selain dapat menjadi alternatif menu penyedap masakan, ternyata daun tanaman beraroma ini juga dapat dijadikan salah satu herbal tradisional yang menyihatkan.
Lebihan daun ketumbar yang nak layu jangan dibuang, idea masakan ini di kongsikan oleh Hanaeza Aez yeng menggunakan daun ketumbar sebagai bahan utama dalam resipi ayam masak hijau ni. Cubalah!
Bahan-Bahan:
Cara Memasak:
Hijau je kan lauk kita. Takyah pakai pewarna pun. Hijau ORI dengan efek rasa Daun Ketumbar kat hujung lidah…
Kongsi resipi: Hanaeza Aez
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apabila nampak buah mangga yang dijual warna kuning dan besar-besar, memang geram nak membelinya kan. Tapi bila beli, ada yang tak sempat nak menghabiskannya.
Apa kata, buah mangga yang ada boleh dijadikan hidangan pencuci mulut yang sedap dan menarik. Contohnya macam resipi puding mangga yang dikongsikan Muhammad Ali ini.
Nampak sedap dan menarik sekali. Cara buat pun mudah je. Selain untuk hidangan makan bersama keluarga, boleh juga dijadikan jualan sebagai pendapatan sampingan.
PUDING MANGGA
BAHAN LAPISAN PERTAMA (PUTIH) (guna loyang petak 8 inci)
4-5 biji mangga (nak kurangkan pun boleh) | potong dadu 8gm agar-agar tali 3 cawan air 50gm gula 130gm susu segar 30gm dairy whipping cream
300gm puree + 2 sudu sunquick mangga (kisar mangga, tapi sebelum kisar tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah kisar sila tapis)
1. LAPISAN PERTAMA (PUTIH): potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.
2. Letak atas api sederhana 8gm agar-agar tali + 3 cawan air. 3. Biarkan mendidih dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50gm gula. Dah larut, baru masukkan 130gm susu segar + 30gm dairy whipping cream.
4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap kemudian tutup api. 5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.
6. LAPISAN KEDUA (KUNING): Guna dalam 3-4 biji mangga. Api sederhana, masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air. 7. Bila mendidih masukkan 30gm gula.
Ketahui bagaimana santan pekat, santan cair, kelapa putih, kelapa coklat dan kerisik memainkan peranan penting dalam masakan Melayu. Panduan lengkap ini membantu anda memahami bahan dengan tepat.