Peminat kek kukus mesti tahu kek yang satu ni. Kek kukus masam manis yang selalu mak-mak kita buat dulu. Mungkin juga nenek korang suka buat kek ni. Kek ni rasanya lemak manis dan masam-masam kerana diletakkan haw flakes.
RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS
Ads
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1/2 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu kecil baking powder
1/2 tin kecil susu pekat manis
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers (kisar halus)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna – ikut suka
Haw Flakes secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Putarkan mentega dan gula halus kembang.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan putar lagi
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
Ads
TIP PENTING: Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
Ads
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Masura Mastori
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada siapa di sini suka warna ungu? Melihatkan kek span keladi ni, nampak macam sedap dan gebu je.
Kalau ada keladi di rumah dan tak tahu nak buat apa, bolehlah cuba resipi kek span keladi gebu ini yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
KEK SPAN KELADI GEBU
BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur A @ B 3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir 1/2 cawan saja) – beli online di sini 1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon) – beli online di sini
6 biji kuning telur A @ B ½ cawan santan pekat – beli online di sini ½ cawan minyak masak – beli online di sini ½ sudu teh yam emulco (perisa keladi) 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek Bluekey kotak pink) Pewarna ungu & putih
1. MERINGUE – Pastikan bekas adunan bersih daripada air atau minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed. 2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan. 3. KEK – Satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang. 4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna ungu dan satu lagi dicampur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh dibiarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.
6. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu, pada suhu 150°c selama 10 minit api bawah. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin dan alas dengan baking paper di bawah dan tepi loyang. 7. Mula-mula sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang. Kemudian, sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan dikacau. Ulang lagi langkah sama hingga habis. Di akhirnya, saya sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu dan atas sekali 1 sudu.
8. Tutup bahagian atas dengan adunan ungu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil pencungkil gigi tarik di tengah tompok-tompok tu menjadi bentuk love/daun. 9. Hentak-hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti. 10. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.
11. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu. 12. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas saja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya. Bila dicucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak. 13. Sebaik keluar dari oven, terus terbalikkan ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas. Potong dan sedia dihidangkan.
Biskut Raya yang menjadi kegemaran dan popular dikalangan mak dan nenek-nenek kita. NAk buangnya sangat senang dan rasanya pun sedap. Nak imbau kembali kenangan raya dulu-dulu? Jom cuba resipi di bawah ni.
RESIPI BISKUT DAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kacau marjerin dan gula kastor hingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Ayak tepung kemudian masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Uli hingga sebati. Jika doh lembik, tambah sesudu demi sesudu tepung gandum sehingga tidak melekat di tangan.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada adunan asal, satu lagi dicampur dengan serbuk koko. Uli sebati.
5. Canai doh satu persatu kemudian potong lebih kuran 1 cm tebal & lebar.
6. Susun kepingan doh secara berselang-seli putih dan coklat. Susun 3×3 bagi membentuk corak dam.
7. Potong doh guna benang. Susun atas dulang.
8. Bakar biskut pada suhu 165C selama 10 minit atau hingga masak. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.
Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.
RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi. 2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair. 3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair. 4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi. 7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati. 9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’. 11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.