Kek Keju Oreo Tak Perlu Bakar. Sangat Mudah & Sedap.

Share

Sedapnya Kek Keju Oreo ni. Makan sejuk-sejuk di musim cuaca panas begini, memang nikmat. Bagi anda yang teringin nak makan kek, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap. Tak perlu bakar atau kukus pun. Cubalah.

 

RESIPI KEK KEJU OREO TANPA BAKAR ( NON BAKED OREO CHEESE CAKE)

BAHAN BASE ( LAPISAN BAWAH):

  • 30 keping biskut oreo (asingkan krim tengah & simpan)
  • 3 sudu makan mentega @ marjerin

CARA-CARA:

1. Hancurkan biskut. Boleh kisar halus.

2. Cairkan mentega kemudian masukkan biskut yang dikisar tadi. Sebatikan.

3. Ambil loyang, masukkan campuran biskut tadi dan tekan hingga padat.

4. Sejukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang ½ jam.

BAHAN ADUNAN KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 200ml whipping cream ( krim putar)
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 15 keping biskut Oreo (1 bungkus, patah-patahkan)
  • 1 sudu makan gelatin
  • 2 sudu makan air panas (larutkan gelatin dalam air panas)

CARA MEMASAK:

1. Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang.

2. Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan krim biskut oreo yang diasingkan tadi. Pukul lagi sebati.

3. Masukkan krim putar (whipping cream) dan gelatin. Putar lagi hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. Kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.

5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi lapisan asas tadi.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7. Hias ikut citarasa dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi: Opah Mas Cotek

 

JOM CUBA RESIPI-RESIPI KEK LAIN:

IKLAN