Untitled design - 2019-09-11T110255.426

Sedapnya dapat makan kek cheese ikut citarasa. Beli pun tak mungkin sedap sebagaimana yang dibuat sendiri. Hanya menggunakan tiga bahan je boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss..

BAHAN-BAHAN

120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

CARA MEMASAK:

1. Pukul cream cheese dan susu pekat.
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul.
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese.
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

IKLAN

4. Campurkan Semua Bahan.
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang.
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.

IKLAN

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.

Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.

Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

IKLAN

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.

Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

MEMANG GEBU & LEMBUT!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat! Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?

Selamat mencuba

Kredit to : Nurul Ain Ridzwan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI